in

Lelaki Ditemui Mati Di Dalam Kereta Dengan Keadaan Telanjang Selepas Bunuh Diri Potong Kemaluan Sendiri

Featured 32

Kita selalu dengar kes orang bunuh diri dengan mengelar pergelangan tangan mereka, namun apa yang dilakukan lelaki ini adalah sesuatu yang diluar jangka.

 

Lelaki cuba bunuh diri dengan potong kemaluan sendiri?

Menurut The Star, seorang lelaki baru-baru ini meninggal dunia selepas cuba membunuh diri dengan bukan hanya mengelar pergelangan tangannya malah lebih teruk lagi dia memotong kemaluannya.

Kejadian ini dilaporkan berlaku di Taiwan pada tengahari Isnin, 13 Mei 2019.

Man Kills Himself By Slitting Wrist Also Cutting Off His Own Penis In His Car World Of Buzz 2
Gambar hiasan

Lelaki berusia 32 tahun melakukan perbuatan mengerikan itu di dalamnya kereta yang diletakkan di bahu jalan di Bandar Xiyu, Penghu, Taiwan.

Dilaporkan pintu kereta di bahagian pemandu terbuka luas dan ramai penduduk tempatan mendekati kereta tersebut kerana menyangkakan kereta tersebut mengalami masalah.

Namun, apa yang mengejutkan mereka apabila mendapati seorang lelaki di kerusi pemandu dalam keadaan telanjang dan dipenuhi darah selain menemui banyak percikan darah dalam kereta tersebut..scarynyaaa

Penduduk kemudiannya menelefon polis dan ambulans bagi menyelamatkan lelaki tersebut.

Suicide Car

Relevansokmo1
Gambar hiasan

Lelaki itu kemudiannya dikejarkan ke hospital bagaimanapun dilaporkan telah meninggal dunia kira-kira pukul 6 petang hari yang sama.

Kes masih di bawah siasatan polis dan siasatan awal mendapati lelaki tersebut mempunnyai sejarah mencederakan diri sendiri.

 

Baca : Pembunuhan Kejam Robert Beckowitz : Dikerat 14 Ditikam 100 Kali Jadi Alat Necrophilia Pembunuh Termasuk Disumbat Kemaluan Sendiri

Robert