Bila bercakap pasal industri hiburan, bukan sahaja bakat yang menjadi perhatian netizen, malah keperibadian seseorang artis di belakang tabir turut sering meraih pujian ramai.
Terbaharu, tular satu perkongsian daripada seorang jurusolek artis (MUA), Gebriel Padan, yang mendedahkan sikap sebenar penyanyi dan juri popular, Aisha Retno.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, Gebriel mendedahkan bahawa Aisha merupakan seorang individu yang sangat bertoleransi dan sentiasa memberi dorongan kepada orang di sekelilingnya tanpa mengira situasi.
Artikel berkaitan: “Uda kak” – Aisha Retno Jawab Dakwaan Netizen Seberang Isu Tukar Lirik Lagu ‘Rollerblade’ Di Pentas Akhir TTMM2
Artikel berkaitan: Aisha Retno Minta Maaf, Tak Sangka Kenyataan Tentang Batik Timbulkan Kekecohan
View on Threads
“Dialah @aisharetno02. Seorang yang tak pernah biarkan orang lain rasa hilang semangat dan tak pernah nak tengok sesiapa pun putus asa dalam industri ini.
Dia sentiasa percaya untuk angkat dan tiupkan semangat dekat orang lain supaya terus melangkah, serta ingatkan yang setiap perjalanan itu berbaloi untuk diperjuangkan,” tulisnya.
Sikap Aisha yang sentiasa positif dan gemar menyebarkan energy baik itu jelas menyentuh hati mereka yang bekerja di belakang tabir.
Tampil Jelaskan Situasi Sebenar, Elak Orang Fikir ‘Lakonan’
Bukan itu sahaja, Gebriel turut tampil memperincikan detik sebenar di balik tabir bagi mengelakkan timbul sebarang spekulasi atau sangkaan buruk daripada netizen.
Menjelaskan momen ketika Aisha dilihat berada di belakang pentas bersama peserta/penyanyi Sabrina, Gebriel memberitahu bahawa tindakan Aisha itu adalah ikhlas dan spontan.
“Sebab masa ni Aisha ni tengah otw dari meja juri & terus cari Sabrina kat belakang pentas. Masa dah sampai kat situ, Sabrina dah menangis & team production tengah shoot moment tu,” jelasnya.
Gebriel menambah, Aisha sengaja berhenti seketika di tepi jurukamera Astro semata-mata mahu menunggu ruang dan waktu yang sesuai sebelum menghampiri serta menenangkan Sabrina.
Penjelasan daripada MUA tersebut sekali gus membuktikan bahawa sifat prihatin dan empati yang ditunjukkan oleh Aisha Retno bukanlah rekaan atau sekadar gimik kamera, sebaliknya lahir daripada hatinya yang ikhlas untuk menyokong rakan seindustri.
Rata-rata netizen dan peminat turut meluahkan rasa kagum dengan personaliti Aisha yang sentiasa berendah diri serta tidak kekok menghulurkan sokongan moral buat mereka yang memerlukan.

Sumber: Threads
