in

“Dah beberapa kali kantoi curang ketika isteri hamil” – Bekas Ibu Mertua Dedah ‘Alasan’ Imam Muda Faris Poligami…

Imam Syed

Saat ini, nama finalis Imam Muda 2014, Syed Mod Faris Syed Roslan hangat diperkatakan satu Malaysia. Syed Faris dikhabarkan telah menceraikan isteri pertamanya, Nur Hidayu Rosly, 33, selepas berkahwin dengan perempuan lain secara rahsia di Songkhla, Thailand, pada 18 Mac lepas.

Menurut Harian Metro, finalis berusia 34 tahun itu telah menceraikan Nurul Hidayu dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, 28 Mei lalu, dua hari selepas menyambut ulang tahun ke-13 perkahwinan mereka.

Imam1

 

Dikasari isteri baru

Nurul Hidayu juga mendakwa telah dikasari isteri baru Syed Faris selepas suaminya bercadang untuk menceraikan salah seorang daripada mereka. Isteri baru tersebut didakwa telah menendang, memijak kaki serta memulas tangannya.

Lebih menyedihkan, ketika kejadian itu berlaku dia baru saja habis tempoh berpantang selepas melahirkan anak kelima mereka.

Kejadian berlaku di tempat kerja saya kira-kira jam 12 tengah malam. Wanita itu berang apabila suami memaklumkan dia mungkin akan menceraikan salah seorang daripada kami.”

Imam3

Pada mulanya semua berlaku dalam keadaan baik. Namun, apabila suami bercakap mahu menceraikan salah seorang daripada kami, dia mula mengasari saya selain mendakwa suami saya tidak memberinya nafkah dan sudah dua hari tidak pulang ke rumah.”

Paling menyedihkan, suami langsung tak mempertahankan saya.”

 

Kenal dari program misi dakwah di Sibu

Nurul Hidayu berkata dia sebenarnya kenal dengan wanita itu ketika mereka sama-sama sertai misi dakwah di Sibu, Sarawak pada tahun 2018 yang juga disertai Syed Faris.

Ketika dia baru melahirkan anak kelima mereka, Syed Faris memaklumkan sudah berkahwin dengan wanita itu pada hujung Januari lepas. Bukan itu saja, Syed Faris juga didakwa tidak memberikan wang nafkah dengan konsisten, sebaliknya hanya memberi ikut suka hatinya.

Imam

 

“Tidak bertanggungjawab!”

Ketika dihubungi mStar, ibu kepada Nurul Hidayu mengesahkan perkara itu dan menyifatkan bekas menantunya sebagai tidak bertanggungjawab.

Zainab, 60, turut mendakwa Syed Faris sebelum ini sudah beberapa kali kantoi berlaku curang terutamanya ketika anaknya sedang hamil. Paling dikesalkan Zainab adalah apabila mendapat tahu Syed Faris berpoligami dengan alasan untuk membantu kewangan keluarga.

Imam2

Alasan yang dia bagi pada saya apabila saya tanya kenapa kahwin dengan perempuan tu, dia kata untuk menjana ekonomi dan bantu kewangan keluarga.”

Dia kata perempuan tu pandai buat bisnes online selain untuk elak berlakunya maksiat.”

Baca: “Kejap nak rujuk sana, kejap nak cerai balik” – Dr Erin Minta Dilepaskan, Dai Farhan Ceraikan Talak Satu Melalui Voice Note

Farhanerin

Sumber: mStar
Sumber: Harian Metro
Sumber: Blog
Sumber: mStar