Gangguan seksual atau serangan seksual sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita, malah ia boleh berlaku di mana-mana sahaja.
Insiden ini juga berlaku dalam kalangan segelintir pelajar sekolah asrama yang mana mangsa telah mengalami trauma apabila meningkat dewasa.
Seorang pengguna Twitter berkongsi sebuah sedutan video dalam drama Projek High Council yang memaparkan babak yang berlaku di dalam sekolah berasrama penuh.
This part here broke my heart 💔
Kalau kita betul-betul dig in, asrama lelaki terutamanya adalah lubuk s3xual ass4ult. Tak kiralah asrama SBP atau asrama biasa, semua sama. And aku dulu mrsm. Sama je.
To those who experienced this, may there be light at the end of our tunnel pic.twitter.com/Cq0AoR7gRt
— Daniél (@danielhvqeem) February 19, 2023
Dia menyatakan babak yang dipertontonkan dalam drama itu sebenarnya turut berlaku dalam realiti sebenar terutama di asrama lelaki.
“Kalau kita betul-betul dig in, asrama lelaki terutamanya adalah lubuk sexual assault. Tak kiralah asrama SBP atau asrama biasa, semua sama.” tulisnya.
Ciapan lelaki itu telah meraih perhatian orang ramai dan rata-ratanya turut berkongsi pengalaman rakan-rakan mereka dan ada juga yang pernah menjadi mangsa serangan seksual.
Melihat di ruangan komen, ada yang berkongsi perkara itu turut berlaku di sekolah asrama agama. Perbuatan ini bukan sahaja menjejaskan emosi mangsa pada ketika itu, malah memberikan kesan emosi jangka panjang mangsa.
Ada yang mendedahkan pada awalnya dia berasa tidak selesa apabila menjadi mangsa serangan seksual namun lama-kelamaan dia jadi terbiasa dan perkara itu telah mengganggu emosinya sehingga sekarang sedangkan pemangsa jalani kehidupan seperti biasa.
Isu ini dilihat sangat kritikal dan perlu dititikberatkan oleh semua pihak, malah perkara ini juga melibatkan tenaga pegajar itu sendiri.
Jika anda pernah mengalami kes-kes seperti di atas, segera laporkan kepada badan yang berautoriti untuk tindakan yang seterusnya.
Baca: Bapa Gigih Jalan Kaki 8KM Teman Anak Ke Sekolah Gara-Gara Motor Ditarik Bank