in

Lelaki Dalam Dilemma, Ibu Luah Hasrat Mahu Ambil Zuriat Pertama Anak Sendiri

Ambik Zuriat Anak Ibu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tanggungjawab memberi tempat tinggal, makanan serta minuman dan mendidik anak-anak sudah pastinya terletak di atas bahu ibu bapa. Tiada yang lebih layak menjaga seorang anak selain ibu bapa mereka sendiri.

Walau bagaimanapun, seorang lelaki baru-baru ini meluahkan rasa dilemma yang dialaminya dek kerana permintaan ibunya yang di luar jangkaan.


“Mama saya ada cakap… anak pertama saya tu dia nak amik”

Menerusi perkongsian Fedtri Yahya di Twitter, lelaki tersebut yang merupakan anak tunggal memberitahu hasrat ibunya yang ingin mengambil zuriat pertamanya bila dia sudah mendirikan rumah tangga nanti.

Tambahnya lagi, pada mulanya dia ingat perkara itu hanyalah gurauan semata-mata, namun ternyata si ibu bertambah serius apabila dia bercakap mengenai hasrat tersebut berkali-kali.

Apa perasaan wife saya nanti? Dia penat-penat mengandung, bawak perut sana sini, and my mom mudah-mudah je cakap nak ambil anak saya nanti… 

“Saya jadi takut untuk berkahwin. Tolong bantu saya bang saya buntu dah nak fikir,” katanya.

Menurut lelaki itu lagi, dia sebelum ini telah dibesarkan oleh neneknya sendiri dari umur setahun hinggalah dewasa kerana ibu bapanya sudah bercerai dan membawa haluan masing-masing.

Dia juga tinggal dengan arwah neneknya sehinggalah wanita itu meninggal dunia pada tahun 2020.

Jauh di lubuk hati saya berfikir adakah mama saya nak balas dendam semata-mata tapi saya cuba untuk husnuzon,” katanya lagi.

“Direct je lah cakap dengan mak tu. Cakap je tak boleh”  

Posting berkenaan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang mana rata-rata memberikan pendapat supaya lelaki tersebut memberitahu hal sebenar kepada ibunya.

Malah menurut mereka juga, tidak semua apa yang disuruh ibu bapa itu harus dituruti tambahan pula berkaitan zuriat sendiri.

Ibu Mahu Ambik Cucu

Harap lelaki ini temuilah jalan penyelesaian dari masalahnya itu. 

Baca: Isu Anak Dijeling Sebab Buat Bising, Cikgu Ayu Minta Maaf Ramai Ibu Bapa Terasa

Cikgu Ayu

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.