in

Lelaki Dakwa Sumber Air Mineral Jalan Air Kuning Berasal Dari Bawah Tanah Jirat Cina

Page 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jikalau anda pengguna tegar laman media sosial seperti Twitter, anda pasti sedar kebanyakan kisah tular yang anda baca setiap hari berasal dari pengguna di situ. Ada yang 100% benar, ada juga separa fitnah, separa benar dan yang paling menakutkan, kisah tular yang 100% darinya adalah kisah rekaan semata-mata!


Pun begitu, ada di antara pengguna akaun media sosial ini masih tidak sedar akan realiti tersebut dan dengan mudahnya mereka menyebarkan berita tidak benar kepada pengguna lain.

Terbaharu, melalui perkongsian Braderpitt di laman Twitter, dia mendakwa air mineral yang bersumberkan punca air dari Jalan Air Kuning patut dielakkan dari diminum orang awam.

Kuning 2
sumber: twitter

Ramai lagi yang tak tahu pasal sumber Jalan Air Kuning ini air dia asal dari mana. Yang korang tahu minum je. Kalau boleh elakkanlah.”

Menurutnya, dia mula mengetahui tentang asal usul sumber air Jalan Air Kuning ini semasa pulang ke kampung tidak lama dulu.

Masa aku balik kampung hari itu adalah bersembang dengan jiran dekat kampung lama aku, Taman Kuning Sari, Air Kuning, Taiping. Tiba-tiba keluar cerita tentang mineral water seperti jenama di atas.”

Untuk pengetahuan semua, kilang proses air mineral ni dekat dalam Taman Mas Kuning, Air Kuning, Taiping.”

Spritzer
sumber: twitter

Dakwa Braderpitt juga, jenama air mineral tersebut tidak dijual di kawasan Taiping dan semuanya dieksport keluar kerana ia tidak laku di kalangan penduduk di situ.

Siap orang-orang kat sana buang dalam longkang je. Nak tahu kenapa?” 

Air mineral itu memang disedut dari punca mata air dekat bawah tanah tetapi masalahnya air bawah tanah yang disedut sebelum diproses itu terletak di satu kawasan bukit.” 

Atas bukit itu ada satu kawasan perkuburan Cina yang besar. Mata air yang dia orang sebut tu pula, betul-betul dekat bawah bukit itu.” 

Biar betul dakwaan Braderpitt ni??

Katanya lagi, sungguhpun air tersebut sudah diproses namun tahap kebersihannya masih menjadi tanda tanya.

Perkara ini dah dilaporkan kepada pihak berkenaan tapi kerana duit, semua tutup mulut.”

“Kalau nak percaya atau tak, terpulang. Aku hanya memberitahu. Aku memang dah pergi ke kawasan kilang tu,” katanya lagi.

Walaupun begitu, segelintir dari pengguna Twitter meragui dengan ‘fakta’ yang diberikan Braderpitt. Malah ada juga yang mengaku Braderpitt cuba untuk memfitnah jenama air mineral tersebut.

Kuning
sumber: twitter
Kuning1
sumber: twitter

Sungguhpun begitu, Braderpitt tidak mengendahkan kata-kata pengguna Twitter lain dan yakin dengan kisah yang diceritakannya.

Tak kisah pun tapi nak minum tu minum sajalah, perut kau bukan perut aku. Kau sakit, kau punya fasal. Tapi kalau rasa betul, sebarkan.” 

Lagi satu kalau ada yang tak puas hati dengan tweet aku, sila pergi mampus. Kau pergilah kaji sendiri. Tweet aku, aku punya suka.”

Sehingga setakat ini, tweet Braderpitt telah dikongsikan sebanyak 1,847 kali dan mendapat 623 likes.

Pengguna Twitter diharapkan untuk tidak percaya bulat-bulat akan perkongsian tersebut dan sila selidik terlebih dahulu sebelum menyebarkan berita tular. Silap haribulan kena tahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Baca: Peniaga Online Guna Helah Kena Culik Warga Bangladesh Untuk Lari Daripada Hutang

Tipu Tipuan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.