in

Lelaki British Ukir Nama Teman Wanita Di Dinding Colosseum Berdepan Penjara 5 Tahun

3Lelaki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Colosseum ialah Tapak Warisan Dunia yang diwartakan UNESCO. Seperti yang sedia maklum, tapak warisan dunia tidak boleh diubahsuai apatah lagi melakukan perbuatan vandalisme.

Seorang lelaki British berdepan hukuman penjara selepas mengukir namanya dan pasangan di dinding bangunan bersejarah Colessseum, Itali.


Tular satu video dimana lelaki tersebut telah mengukir ‘Ivan + Hayley 23’ pada salah satu batu bersejarah yang terbina sejak dari zaman Empayar Rom.

Screenshot 2023 07 02 At 4.35.32 Pm

Memetik laporan LadBible, polis Itali telah mendapati lelaki itu adalah seorang jurulatih kecergasan berbangsa Bulgaria dan kini menetap di United Kingdom.

Pihak polis Itali berkata mereka mempunyai butiran tentang lelaki itu selepas dapat mengesan tempat penginapan mereka di Rom. Walau bagaimanapun pihak polis percaya pasangan itu telah meninggalkan Itali.

Pihak polis juga telah berhubung dengan lelaki itu, yang telah ‘menyatakan permohonan maaf dan penyesalan yang ikhlas’. Lelaki itu telah menghubungi kami selepas kami mendapatkan nombor telefon bimbitnya daripada rekod hotel dan meninggalkan mesej untuk dia menghubungi kami.

Untuk kesalahan itu, lelaki tersebut boleh dikenakan denda sehingga £12,850 (bersamaan kira-kira RM 76,200) dan mungkin dipenjarakan antara dua hingga lima tahun. Video perbuatan lelaki itu boleh ditonton di bawah atau klik SINI.

Screenshot 2023 07 02 At 4.35.43 Pm

 

Baca: Ini Syarat Baru Kepada Pelancong Malaysia Yang Ingin Berkunjung Ke Eropah Bermula 2024

Screenshot 2023 07 02 At 4.39.58 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.