in

Lelaki Berstatus ‘Ustaz’ Didakwa Pukul Kekasih Lepas Kantoi Curang

Ustaz Npd 1

Sebuah video telah tular di laman media sosial TikTok yang memaparkan luahan hati seorang wanita yang mendakwa dirinya dipukul oleh pasangannya hanya kerana pasangannya itu terkantoi curang.

Lebih memilukan, lelaki yang difahamkan seorang ustaz itu juga turut memaki hamun wanita tersebut sehingga mendoakan kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia, video penuh boleh klik di sini.

Perkongsian daripada pengguna TikTok @annshrniee itu juga menyatakan bekas kekasihnya itu mempunyai masalah Kecelaruan Personaliti Narsistik (NPD).

Difahamkan, lelaki berkenaan bertindak memaki-hamun wanita tersebut sejurus dia terkantoi mempunyai skandal.

Cats 71

Malah dia turut berpesan kepada skandalnya itu agar tidak memuat naik sebarang gambar kerana dia adalah seorang ‘ustaz’ dan risau akan imej agamawannya tercalar.

Tidak cukup dengan itu, dalam video lain di TikTok wanita tersebut, ibu kepada lelaki berkenaan ada menghina wanita itu jika tidak dia tidak memberikan wang kepadanya.

https://www.tiktok.com/@annshrniee/video/7213060155770948891?lang=en

“Bila keluarga pasangan hanya mengharapkan duit kau sepanjang masa, bila tak diberi, habis keluar cerita yang buruk dihina, kutuk belakang.

Semoga kita dijauhkan daripada dapat bakal/mertua puaka,” tulisnya di kapsyen.

Pun begitu, wanita tersebut memberitahu dia tidak berniat untuk memalukan sesiapa tetapi hanya mahu memberikan pengajaran kepada semua wanita di luar sana.

Minta dijauhkan lah…

Baca: “Orang yang curang, susah nak mengaku salah” –  Dr Fadzilah Kamsah

Curang Fadzilah Kamsah