in

Gadis Tiba-tiba Berlari ke Tengah Jalan Mahu Menipu Kononnya Dilanggar Kereta

A 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Gadis Tiba-tiba Berlari ke Tengah Jalan Mahu Menipu Kononnya Dilanggar Kereta
Loading
/

Penipuan kemalangan palsu di China sangat popular sehingga mereka sanggup saman dan minta ganti rugi kepada pemandu kerana ‘menyebabkan kemalangan berlaku’. Penipuan ini terlalu banyak kali terjadi sehinggakan orang di China berhenti membantu mereka yang benar-benar terlibat dalam kemalangan.


Namun kini ‘trend’ penipuan itu seperti sudah merebak di Malaysia.

Semalam, seorang netizen bernama Stef Koh memuat naik rakaman dash kamera menunjukkan seorang perempuan cuba melakukan penipuan sebegitu. Bagaimanapun, cubaan perempuan itu yang dilihat amatur akhirnya memalukan dirinya apabila cubaannya itu gagal dengan teruk sekali.

Menurut rakaman itu, Stef sedang memandu melalui Jalan Molek 1 di Taman Molek, Johor Bharu pada kadar kelajuan yang perlahan.

Ketika sedang memandu, seorang perempuan memakai t shirt berwarna putih dapat dilihat berdiri tegak di bahu jalan.

A1 1

Tetapi apabila kenderaan dipandu Stef menghampirinya, perempuan itu tiba-tiba berlari ke tengah jalan dan berdiri di hadapan keretanya. Tindakan itu seolah-olah menunjukkan dia mahu dilanggar oleh kereta itu supaya dapat meminta wang daripada pemandunya.

A2

Stef bernasib baik kerana ketika itu, dia memperlahankan kenderaannya kerana terdapat bonggol di hadapan ketika perempuan itu berlari ke tengah jalan. Keretanya perlahan-lahan berhenti di hadapan wanita dan meninggalkan ruang antara kereta dan ‘mangsa’ tersebut.

Ketika berdiri di hadapan kereta Stef, perempuan itu menggaru kepala seperti tidak tahu bagaimana mahu bertindak balas dengan apa yang berlaku.

A3

Stef kemudian terus memandu pergi dari ‘mangsa’ yang tercengang di tengah jalan. Mesti dia tertanya-tanya mungkin perempuan itu cuba untuk membunuh diri.

Tonton video penuh di bawah ini:

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.