in

Lelaki Beri Bayi Lima Bulan Minum Arak Dalam Video Tular Kini Direman

Collage 63

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular satu video berdurasi 30 saat menunjukkan seorang lelaki memberikan minuman dalam tin dipercayai mengandungi arak kepada seorang bayi.


Insiden dipercayai berlaku di sebuah flat di Teluk Bahang, Pulau Pinang ini jelas telah mengundang kemarahan banyak pihak dan Ketua Pergerakan Anti Arak Murah Malaysia, David Marshel telah pun membuat laporan polis di Perai mengenai kejadian itu.

Ekoran ini, Utusan melaporkan pihak polis telah pun menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung rakaman video tersebut.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supritendan Kamarul Rizal Jenal berkata, lelaki berusia 19 tahun yang juga merupakan bapa kepada bayi berusia lima bulan itu telah pun ditahan di Teluk Bahang semalam pada pukul 1.30 tengah hari.

Nobabay 1624348390

Berikutan itu, polis menahan lelaki berkenaan untuk membantu siasatan.”

Bukan itu sahaja, bayi malang itu juga telah pun dihantar ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Untuk pengetahuan korang, bapa bayi yang ditahan itu mempunyai 14 rekod jenayah lampau dan merupakan orang pengawasan polis (OPP) di kawasan Teluk Bahang.

Lelaki itu kini direman dan akan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum ini, David meminta agar bayi malang itu dijauhkan dari lelaki tak bertanggungjawab itu serta meminta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk segera menjalankan ujian darah terhadap bayi tersebut.

 

Baca: Tular Rakaman Lelaki Pangku Bayi di Paha & Beri Minum Arak Dari Tin, Undang Kemarahan Banyak Pihak

Ft Babyliquor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.