in

Lelaki Berang Masalahnya Tidak Diselesaikan Oleh Digi, Baling Telur di Ibu Pejabat

Digi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tak marah kalau dah buat aduan dan cuba segala cara tetapi tiada jalan penyelesaian kan?

Bagi Mohd Al Iman Zakaria, jawapannya adalah untuk pergi menyerang syarikat bertanggungjawab dengan telur dan menghemburkan kata-kata marah di lokasi.


Sebelumnya, beliau dikatakan telah mencuba untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalahnya bersama syarikat telco Digi tetapi tidak berjaya. Dalam keadaan marah dan kecewa, beliau membuat keputusan untuk ke Ibu Pejabat Digi di Subang Hi Tech dan membaling telur ke arah lokasi berkenaan.

https://www.facebook.com/al.iman666/videos/1691029514244251/

Kejadian tersebut telah dirakam dan dimuat naik di profil Facebook miliknya. Di dalam video itu, beliau dilihat membawa beberapa biji telur dan membalingnya di ibu pejabat Digi berkenaan sambil menjerit dengan kuat. Di pertengahan video, suara tidak kedengaran beberapa saat jadi tidak dapat dipastikan apa yang dikatakan oleh lelaki itu.

Melalui status di Facebook, lelaki berkenaan dikatakan cuba membuat aduan melalui Forum Pengguna Malaysia dan Digi menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai tetapi tidak menerima respon yang memuaskan. Disebabkan itu, kesabarannya tidak dapat ditahan lagi dan beliau membuat keputusan untuk beri ‘hadiah’ kuning telur kepada Digi memandangkan warna temanya berwarna kuning.

“Ini SAHAJA pilihan yang saya ada. Saya sudah membuat aduan melalui e-mel Digistore yang disahkan, Facebook dan sebagainya…

“Maafkan saya semua. Apabila kita hilang sabar tambahan pula tiada yang mempedulikan, inilah akibatnya. Iklan mereka kuning merata-rata kan, ini saya bagi kuning telur merata-rata.” katanya melalui status di Facebook.

Digi1
sumber: facebook | mohd al iman zakaria

Tindakan menyerang ibu pejabat tersebut ternyata berhasil! Selepas video itu menjadi viral di media sosial, beliau memuat naik satu status menyatakan Ketua Pegawai Pemasaran, Low Jieh Kiat bersetuju untuk berjumpa dengannya.

Digi2
sumber: facebook | mohd al iman zakaria

Menurut Mohd Al Iman Zakaria, isu berkenaan telah diselesaikan dengan baik dan mereka telah memenuhi permintaannya. Namun, kedua-dua pihak diam membisu dan tidak mendedahkan apakah isu yang sebenarnya.

Betul kata orang, apabila seseorang itu dalam keadaan marah dan hilang sabar, mereka menjurus kepada membuat sesuatu di luar jangkaan!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.