in

Lelaki Beragama Islam Berusia 50 Tahun Mengaku Minum Arak Setiap Hari Sejak 10 Tahun Lalu

Arak2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki berusia 50 tahun ditahan ketika sedang meminum arak di sebuah medan selera, Jumaat lalu. Kejadian dilaporkan berlaku di Kampung Tiong, Kuala Terengganu.


Lelaki berkenaan dikatakan sedang menikmati minuman terlarang itu sebelum ditahan oleh penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dalam satu serbuan kira-kira jam 10.30 malam.

Arak
Sumber: sinar harian

Kata-kata nasihat dan kemarahan isteri serta keluarganya hanya sia-sia selama ini kerana lelaki itu memberi alasan bahawa ketagihan arak merupakan penyebab beliau memilih untuk minum minuman keras setiap hari sejak 10 tahun lalu.

Menurut Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, medan selera yang diserbu itu adalah antara lokasi yang dikenal pasti menjadi tumpuan pilihan kaki minum melepaskan ketagihan pelbagai jenis minuman keras.

Ketika serbuan dilakukan lelaki berkenaan yang bekerja sebagai mekanik penyaman udara itu dikatakan sedang ‘ralit’ menikmati minuman keras seorang diri sehinggakan langsung tidak menyedari kehadiran penguat kuasa.

Sejurus dihampiri penguat kuasa serta diperkenalkan diri, lelaki itu seolah-olah dalam keadaan ‘khayal’ dan mungkin disebabkan itu dia langsung tidak melawan atau cuba melarikan diri,” kata Wan Mohd.

Lelaki itu kini ditahan di bawah Seksyen 23 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Terengganu 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

“Kita amat memandang serius berhubung kegiatan umat Islam yang sanggup meminum minuman keras yang secara jelas disebut di dalam Al-Quran sebagai minuman yang haram dan boleh membawa banyak kemudaratan,” kata Wan Mohd.

Bila dah usia sebegitu, rasanya lebih elok memperbanyakkan ibadat dan mendekatkan diri dengan Allah. Bila dah kena cekup, bukan setakat malukan keluarga, diri sendiri pun malu..

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.