Kebiasaannya, apabila pelanggan habis makan di kedai ataupun restoran, beberapa pekerja akan mengemas dan membersihkan meja makan tersebut untuk digunakan oleh pelanggan seterusnya.
Pun begitu, seorang lelaki meluahkan rasa tidak puas hati kerana perlu membayar sejumlah wang disebabkan meja makan ditinggalkan dalam keadaan bersepah.
Bawa anak bawah 2 tahun
Menerusi hantaran NGL yang dikongsikan oleh @meinmokhtar di X, lelaki tersebut menjamu selera di salah sebuah kedai makan yang terletak di Kuala Lumpur dan turut membawa anak kecil yang berusia kurang dua tahun.
Artikel berkaitan: “Dah bagi nasihat dia buat bodoh ” – 2 Perokok Biadap Di Kedai Makan Dah Kena Denda RM 10,000 & Ditahan Sebab…
Artikel berkaitan: Isteri Mawi Terkejut Harga Makanan Di Gerai Lebih RM1,000, Kementerian Bakal Jalankan Siasatan
Setelah membayar hidangan berjumlah RM55, dia dikenakan pula caj tambahan RM5 oleh pemilik kedai hanya disebabkan keadaan meja yang agak bersepah.
Salam mein. Pertama kali aku kena denda RM5 dekat kedai makan sebab makan bersepah (anak bawah 2 tahun). Kailan ikan masin, telur dadar, siakap 3 rasa… RM55, takde tomyam. Mahal, kena denda lagi.
Lelaki itu bagaimanapun meminta pendapat netizen adakah dia perlu membuat aduan kepada pihak berkuasa mengenai perkara tersebut.
Boleh ke report KPDNKK pasal denda tu? Boleh ke kedai denda pelanggan sebab sepah?
“First time dengar denda ni” – Netizen
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen berkongsi pendapat mengenai situasi yang dihadapi oleh lelaki tersebut.
Dalam pada itu, ada netizen yang berkongsi beberapa cara untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa.
Fuh kena caj macam tu je…
Sumber: X