Seorang Ketua Pejabat Agama Islam di Bali, Indonesia Abdul Munir kini berdepan hukuman penjara bersama seorang lelaki, Suraji selepas terlibat dalam kes pemalsuan surat kematian.
Abdul Munir didakwa telah membantu Suraji untuk memalsukan sijil kematian isteri lelaki tersebut kerana mahu berkahwin lagi.
Abdul Munir telah menyiapkan semua persiapan pernikahan dengan cara memalsukan sijil kematian sebelum nikahkan Suraji dengan wanita pilihannya selepas dibayar sebanyak 1.5 juta rupiah.”
Menurut laporan suarabali.id, Abdul Munir telah memalsukan sijil kematian dan surat keterangan kematian isteri Suraji pada bulan Ogos 2019 yang lalu. Dalam surat tersebut, ia menerangkan bahawa wanita tersebut telah meninggal dunia walaupun sebenarnya masih lagi hidup dan sihat walafiat sehingga hari ini.
Untuk pengetahuan korang, bukan sahaja sijil kematian malah Abdul Munir turut palsukan kad pengenalan Suraji dan isteri barunya namun perkahwinan tersebut diputuskan tidak sah.
Ekoran dari ini, mangsa iaitu isteri Suraji telah mengalami kesan dari segi psikologi kerana dirinya masih lagi hidup dan bukan seperti apa yang ditulis dalam sijil tersebut.
Surat itu tidak menjelaskan sebab meninggal dunia, dia yang taip sendiri surat itu, cuma dijelaskan bahawa sudah meninggal dunia dan diserahkan kepada Ketua Kampung untuk ditandatangani.”
Kedua-dua suspek ini telah ditahan dari tahun 2019 sehingga sekarang dan mereka bakal didakwa atas kesalahan ancaman jenayah dan berdepan hukuman penjara maksimum 8 tahun jika disabit bersalah.