in

“Nasib baik tak kahwin lagi” – Lelaki Lari Tinggalkan Girlfriend Lepas Gagal Rempuh ‘Roadblock’ Polis

12Hmdes 1613093003 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kena kat korang confirm terus clash je ni…


Semalam, seorang lelaki yang cuba larikan diri telah tinggalkan kekasihnya selepas dia gagal memecut motornya untuk lepas dari sekatan jalan raya polis di Sipitang, Sabah semalam.

Lelaki berusia 23 tahun dan kekasihnya 21 tahun yang menaiki motosikal telah diarahkan untuk berhenti di roadblock Jalam Lumatai, Beaufort Sipitang awal pagi semalam, lapor FMT.

Namun, polis Beaufort Azmir Abd Razak mengatakan yang lelaki itu secara tiba-tiba memecut ke arah sekatan polis dan melanggar seorang polis yang bertugas.

12Hmdes 1613093003

Polis tersebut telah mengalami kecederaan ringan di tangan dan telah pun mendapatkan rawatan di hospital berhampiran.

Lelaki tersebut dan teman wanitanya terjatuh dari motor. Namun lelaki itu cepat-cepat bangun dan lari ke arah kawasan semak di tepi jalan sebelum menghilangkan diri, meninggalkan teman wanitanya.”

Namun, pihak polis kemudiannya berjaya menjejaki suspek di Kompleks Sukan Beaufort pada jam 9 malam hari yang sama.

Rupanya lelaki ni tak ada lesen motosikal dan ada rekod jenayah melibatkan dadah dan curi kereta.”

Lelaki tersebut dan teman wanitanya itu kini sedang ditahan untuk disoal siasat.

 

Baca: “Tolong selamatkan saya…” – Wanita Kena Belasah Dengan Teman Lelaki Sebab Upload Gambar Seksi di FB

Screenshot 2021 02 12 At 2.25.39 Pm

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.