in

Lebuh Raya Dibina Hanya 50 Sentimeter Dari Rumah, Kerajaan Mesir Dikritik

Cats 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perancangan dan pengurusan bandar bukanlah satu tugasan yang mudah untuk dilakukan. Banyak faktor yang perlu diambil kira oleh pihak berwajib untuk menjadikan sesuatu kawasan itu efisyen dan memudahkan penduduk.


Namun, lain pula yang terjadi di Mesir apabila sebuah lebuh raya yang masih dalam pembinaan mendapat tentangan ramai kerana dikatakan dibina terlalu hampir dengan kawasan perumahan penduduk.

1 13

2 10

Jambatan Taraet Al-Zomor atau juga dikenali sebagai King Salman Axis ini dibina oleh kerajaan Mesir di tengah-tengah sebuah kawasan perumahan.

3 7

Menurut penduduk di situ, jambatan tersebut seolah-olah hanya 50 sentimeter jarak daripada balkoni rumah penduduk. Malah, dikatakan lebuh raya tersebut boleh disentuh dengan hanya berdiri daripada rumah sendiri.

Pembinaan lebuh raya ini ditentang kerana dikatakan boleh membawa pencemaran udara dan bunyi kepada kawasan tersebut. Malah, penduduk di kawasan bawah lebuh raya pula akan terjejas kerana terlindung daripada sinaran cahaya matahari.

Lebuh raya sepanjang 12 kilometer yang terletak di Giza Governorate ini memakan kos sebanyak 5 bilion pound Mesir, bersamaan dengan 317 juta US Dollar. Dilaporkan pembinaan lebuh raya ini akan tetap diteruskan dengan bayaran pampasan kepada penduduk yang terjejas.

4 6

5 2

6

Kredit: BoredPanda

BACA: “Tak sensitif langsung!” – Model Playboy Cetus Kontroversi, Buat Photoshoot Bogel Dalam Masjid Hagia Sophia

Capture 19

Sumber: BoredPanda
Sumber: BoredPanda
Sumber: BoredPanda
Sumber: BoredPanda
Sumber: BoredPanda
Sumber: BoredPanda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.