in

Lebih Separuh Pekerja Di Malaysia Dilaporkan Alami ‘Burnout’ 3 Bulan Kebelakangan Ini

Pekerja Malaysia Burnout

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu hak dan kebajikan pekerja merupakan salah satu aspek utama yang diberi keutamaan oleh seseorang sebelum membuat keputusan untuk menerima satu-satu tawaran pekerjaan. Selain caruman KWSP, ada juga syarikat yang memberikan pelbagai jenis manfaat kepada pekerja seperti insurans, pantri yang penuh dengan makanan, masa bekerja fleksibel dan macam-macam lagi.


Malangnya, masih banyak lagi syarikat diluar sana yang tidak mengambil berat tentang kebajikan dan seakan-akan tidak menghargai pekerja walaupun mereka mencatatkan keuntungan setiap tahun.

Hal ini sedikit sebanyak akan memberikan kesan bukan sahaja dari segi kepuasan pekerja malah kesihatan mental pekerja seperti yang dilaporkan oleh FMT baru-baru ini.

41621689886 Pejabatkerajaan

Menurut satu laporan yang dibuat oleh Employment Hero, lebih separuh daripada pekerja di Malaysia mengalami burnout kerana bebanan kerja dan ianya memuncak sejak tiga bulan kebelakangan ini.

Laporan Kesejahteraan Pekerja 2022 oleh syarikat berkenaan juga turut mendedahkan golongan pekerja yang berusia antara 18 hingga 35 lebih cenderung untuk merasakan kepenatan atau keletihan gara-gara bebanan kerja.

Selain itu, difahamkan sejak 3 bulan kebelakangan, pekerja yang tidak mendapat keseimbangan kerja dan kehidupan akan lebih mudah terkesan. Ini secara tak langsung menyebabkan mereka merasakan diri tidak produktif dan mengganggu kesihatan mental.

Pexels Anna Shvets 4226218

Namun, menerusi laporan berkenaan juga didapati 32% daripada responden memuji majikan masing-masing yang mengambil berat tentang kesihatan mental pekerja.

Difahamkan, laporan itu dikeluarkan menggunakan data yang dikumpul daripada 1,016 rakyat Malaysia berumur antara 18 dan lebih 65 tahun dalam pelbagai industri, dengan majoriti (80%) bekerja sepenuh masa.

Baca : “Contoh leader sebenar” – [VIDEO] Pekerja Stesen Minyak Tertidur Semasa Bekerja, Ini Jawapan Pakcik Shell…

Pakcik Shell Pekerja Tidur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.