in

“Lebih baik mansuh terus sekolah rendah”- Netizen ‘Terkedu’ Dengar Cadangan Mansuhkan UPSR?

Featured 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ape? Nak mansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)?


 

Jangan terkejut sebab ini sememangnya permohonan yang dilakukan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) kepada Kementerian Pendidikan Malaysia supaya memansuhkan UPSR.

Katanya permohonan pemansuhan tersebut dibuat sebagai usaha mentransformasikan Sistem Pendidikan Negara ke arah yang lebih baik dan berkesan.

Tiada lagi keperluan untuk UPSR dilaksanakan kerana murid-murid terpaksa menanggung beban untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan itu.”- Harry Tan Huat Hock/ Setiausaha Agung NUTP

67833256 2723608354316686 6897520651909726208 N

68617797 2723608410983347 4610095738066567168 N
Sumber: facebook nutp
Katanya pemansuhan tersebut dapat mengurangkan tekanan dan bebanan kepada murid selain mengubah persepsi masyarakat yang menjadikan Gred A itu sebagai kayu ukur kepada kualiti murid.

“Pemansuhan UPSR tidak bermakna murid tidak akan dinilai khususnya untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP).

“Murid akan tetap dinilai seperti ujian berasaskan pentaksiran oleh sekolah masing-masing dan bukan lagi berorientasi peperiksaan berpusat semata-mata,”

Jelas Huat Hock, NUTP pernah bersetuju dan menyokong cadangan pemansuhan UPSR pada 2016 tetapi sehingga kini tiada maklum balas diterima daripada Kementerian Pendidikan.

Rata-rata netizen agak ‘terkejut’ dengan permohonan tersebut yang dianggap pelik dan tidak relevan..well admin pun terkejut jugak!

1 6

2 4
Sumber: facebook nutp

Korang rasa macam mana? Patut ke UPSR ni dimansuhkan?

Baca : Buli sampai mati- Selain Zulfarhan Osman, Ini 5 Kes Kematian Yang Pernah Menggemparkan Negara Disebabkan Buli

Haha

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.