in

Lebih 70% Produk Syarikat Bukan Islam Miliki Sijil Halal Berbanding Bumiputera – JAKIM

Sijil Halal Bukan Islam Berbanding Bumiputera 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memiliki Sijil Pengesahan Halal terutama kepada syarikat yang mengeluarkan produk makanan dan minuman memudahkan orang ramai untuk menggunakan produk berkenaan tanpa was-was.


Kalau korang beranggapan bahawa kebanyakan produk yang memiliki sijil Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah daripada usahawan bumiputera, mungkin korang silap selepas mengetahui pendedahan ini.

JAKIM baru-baru ini mendedahkan lebih 70% atau 165,026 daripada keseluruhan 229,204 produk yang mempunyai sijil halal di negara ini dimiliki oleh syarikat bukan Islam dan hanya 37,466 produk bumiputera.

Angka tersebut adalah untuk tempoh dari tahun 2021 hingga 10 April 2023 sekali gus menunjukkan usaha syarikat bukan Islam meraih perakuan sijil Halal JAKIM.

Halal Jakim 1024X768 1

Kata Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, Mohamad Zamri Mohamed Shapik, untuk tahun ini sahaja, terdapat 21,448 produk milikan bukan bumiputera yang mempunyai status Halal JAKIM berbanding 8,341 produk bumiputera.

“Syarikat bukan bumiputera lebih berminat mendapatkan sijil Halal berbanding syarikat milikan bumiputera disebabkan mereka menyedari signifikasi sijil berkenaan dalam memastikan produk dikeluarkan memenuhi piawaian halalan toyyiban yang diperlukan pengguna Islam,” katanya kepada Sinar Harian.

Hanya 41% usahawan bumiputera sahaja yang berminat untuk meraih sijil tersebut. Jelasnya, jumlah tersebut rendah disebabkan penglibatan bumiputera dalam sektor ekonomi dan perniagaan di negara ini masih belum mampu menyaingi bukan bumiputera.

Buat pengetahuan semua, kos permohonan sijil Halal di Malaysia hanyalah RM200. Syarikat perlu miliki eksekutif halal yang akan bertindak memantau aturan pensijilan halal tersebut dengan beberapa latihan dan proses dokumentasi, barulah permohonan tersebut dihantar kepada JAKIM.

Baca: FamilyMart Malaysia Henti Jual Minuman Alkohol Di Semua Cawangan
Familymart Malaysia

Sumber: bebasnews

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.