in

Lebih 413,000 Calon SPM Bakal Duduki Peperiksaan Bermula 3 November Ini

8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah masuk musim yang mendebarkan buat pelajar Tingkatan Lima di seluruh Malaysia kerana calon-calon SPM ini bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bermula 3 November ini iaitu pada Isnin ini.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia dalam satu kenyataan baru-baru ini, lebih 413K atau 413,372 calon SPM akan menduduki peperiksaan tersebut bermula Isnin ini dan peperiksaan dijadualkan akan berakhir pada 23 Disember depan, lapor Berita Harian.


Untuk peperiksaan SPM itu, sebanyak 3,350 pusat peperiksaan dibuka di seluruh negara dan untuk kelancaran peperiksaan, ia akan diawasi oleh seramai 127,526 petugas peperiksaan.

6
Gambar Sekadar Hiasan

Artikel Berkaitan: Ramai Tak Faham Sistem UPU, Kenali Beza Aliran Asasi, Matriks dan STPM

Artikel berkaitan: “Habis degree susah nak dapat kerja” – Netizen Saran Elak Ambil ‘Pure Science’ Lepas SPM Sebab…

KPM turut mengingatkan semua calon SPM untuk membawa dokumen pengenalan diri atau IC serta Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

7
Gambar Sekadar Hiasan

Peperiksaan SPM ini difahamkan akan bermula pada Isnin ini iaitu 3 November dengan Ujian Bertutur Bahasa Melayu sehingga 6 November ini.

Manakala Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pula bermula pada 10 hingga 13 November dan diikuti dengan Ujian Amali Sains bagi subjek Biologi, Fizik dan Kimia.

Peperiksaan bertulis pula akan bermula pada 25 November sehingga 23 November.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.