in

“L*bas dengan paip PVC” – Tak Restu Hubungan, Keluarga Wanita Serang Teman Lelaki

syaz ft 2025 12 02T163608.221

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Polis menahan tiga lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dalam insiden memukul dan mengugut seorang lelaki di Kampung Cheras Baru, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, kejadian berlaku pada 29 November 2025 sekitar pukul 1.40 pagi ketika mangsa sedang menghantar teman wanitanya pulang.


Artikel berkaitan: Wanita 41 Tahun Teman Wanita Bapa, Polis Kini Kesan Ibu Kandung Dua Beradik Lemas

Artikel berkaitan: Suspek L*bas Remaja Perempuan Dengan Pisau Dakwa ‘Simpan Hati’ Pada Mangsa – Polis

Menurut beliau, mangsa dikatakan bertengkar dengan dua abang teman wanitanya sebelum seorang daripada mereka melibas kakinya menggunakan paip PVC dan menumbuk muka mangsa hingga berdarah.

Dalam insiden sama, pak cik kepada wanita berkenaan juga didakwa mengugut mangsa dan memberi amaran supaya tidak lagi berhubung dengan anak saudaranya.

“Ketiga-tiga suspek berjaya ditahan kira-kira pukul 4.30 petang hari sama oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Turut dirampas ialah sebatang paip PVC yang dipercayai digunakan dalam kejadian bagi membantu siasatan,” katanya.

Hasil semakan, dua daripada suspek tidak mempunyai rekod jenayah, manakala seorang lagi mempunyai satu rekod lampau.

Mahkamah turut meluluskan permohonan reman terhadap ketiga-tiga suspek selama empat hari bermula 30 November hingga esok. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 325 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.