Ketika kemelut rumah tangga masih belum berkesudahan, isteri kepada penyanyi Virgoun dari Indonesia, Inara Rusli sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila membuat keputusan untuk tidak lagi memakai niqab atau purdah.
Dalam satu sidang media yang berlangsung pada Khamis, Inara kembali melepaskan bahagian yang menutupi separuh muka itu atas alasan supaya dapat kembali bekerja dan menyara keluarganya. Korang boleh tengok video sidang media dalam video @tamluvbunny di bawah.
SUMPAH YAALLAH CANTIK BGTTTTT?? pic.twitter.com/Z6jNiUTr5c
— feb (@tamluvbunny) May 19, 2023
Lawa betul!
Rata-rata netizen terpegun dengan kecantikan Inara yang terpaksa melepaskan purdah semata-mata untuk bekerja. Memang diakui, Inara memilik wajah yang sangat cantik dan manis.
Cantik betul kan. Min tengok komen netizen bukan setakat lelaki je yang puji, perempuan pun akui kecantikan Inara ni.
Inara sebenarnya terpaksa, semata-mata untuk sara anaknya. Itulah pengorbanan seorang ibu.
Amiinn. Semoga segala urusan Inara dipermudah. Mudah-mudahan keputusan beliau untuk buka purdah demi sara anak-anak diberkati.
Tak pasti undang-undang negara seberang macam mana untuk hak penjagaan anak. Apa-apa pun, kita doakan semoga pengorbanan ini diberkati sentiasa.
Baca: Virgoun Main Kayu Tiga, Isteri Dedah Segala Perbuatan ‘Tak Senonoh’ Suami