in

“Lari 30 ’round’ pakai ‘mask'” – Gara-gara Didenda Guru, Pelajar Alami Palpitasi Masuk Hospital

Untitled Design 2022 05 20T111742.729

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Palpitasi merupakan satu keadaan di mana degupan jantung menjadi laju atau tidak teratur, biasanya disebabkan oleh faktor seperti tekanan. Walaupun ia bukanlah sesuatu yang serius, tetapi jika ia kerap berlaku atau berlaku secara tiba-tiba, rawatan doktor diperlukan.

Menurut portal MyHealth, gejala utama palpitasi ialah keadaan di mana kita mengalami perasaan degupan jantung menjadi terlalu laju hingga menimbulkan rasa tidak selesa di bahagian depan dada.


Apakah Aritmia Jantung Bisa Sembuh 700X467 1

Baru-baru ini, seorang pelajar tingkatan tiga memerlukan rawatan di hospital kerana alami palpitasi selepas guru pendidikan jasmaninya didakwa mendenda seluruh kelasnya berlari 30 pusingan di sekitar gelanggang bola tampar sekolah dengan memakai ‘face mask’.

Guru berkenaan melakukan tindakan sebegitu kerana difahamkan murid-murid di kelasnya itu tidak menyiapkan kerja rumah.

Semalam, ibu kepada remaja berusia 15 tahun itu memuat naik gambar anak perempuannya yang sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Facebook dan berkongsi pengalaman pahit yang dialami anaknya itu.

Untitled Design 2022 05 20T111610.834

Posting itu menjadi viral dan netizen mengecam guru dan sekolah itu malah, ia juga mencetuskan perdebatan mengenai hukuman fizikal terhadap pelajar sekolah.

Ibu saudara remaja itu juga menggunakan Facebook untuk menjelaskan bahawa gadis itu telah berlari 15 pusingan sebelum dia mula berasa tidak selesa, kemudian guru itu membenarkannya untuk menyelesaikan denda itu dengan berjalan.

Pelajar itu terus berasa tidak selesa sehingga waktu pulang dan itu menyebabkan keluarganya membawa pelajar itu ke hospital untuk rawatan.

Pengetua sekolah itu, memberitahu China Press bahawa guru pendidikan jasmani itu telah melakukan kesilapan dan ibu bapa kanak-kanak perempuan itu telah menerima permohonan maaf daripada guru itu selepas mereka datang berjumpa pengurusan sekolah hari ini.

Korang rasa patut ke ada denda-denda ni di sekolah?

Baca: [VIDEO] “Bergadai Nyawa”  Untuk Ke Sekolah, Netizen Sedih Lihat Pengorbanan Guru Di Gua Musang

Untitled Design 2022 05 20T104848.854

Sumber: China Press

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.