in

“Lapor kes cabul 2 tahun lalu jam 2.30 pagi” – 2 Pelajar Disyaki Terlibat, Ini Kronologi Serangan Balai Polis Ulu Tiram

Ft Balai Polis Kronologi

Kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada awal pagi tadi telah mengorbankan dua anggota polis, manakala suspek pula mati ditembak. Kejadian pilu itu juga katanya membabitkan dua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan bahawa seorang pelajar lelaki berusia 22 tahun dan pelajar perempuan berumur 21 tahun itu ditahan kerana dipercayai ada kaitan dengan serangan terbabit.

Artikel berkaitan : Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram, KPN Sahkan Suspek Merupakan Anggota JI

Artikel berkaitan : [TERKINI] 2 Anggota Maut, Seorang Cedera Parah Diserang Lelaki Bertopeng Ceroboh Masuk Balai Polis Ulu Tiram

Screenshot 2024 05 17 154657

“Mereka ditahan untuk siasatan lanjut kaitan dengan serangan itu. Adalah tidak logik untuk melaporkan kes cabul dua tahun lalu pada jam 2.30 pagi.”

“Ketika laporan sedang dibuat pula, tiba-tiba balai diserang. Jadi kita akan siasat dengan rapi dua pelajar berkenaan,” katanya.

Kronologi kes 

Berikut perincian kronologi kes yang dikatakan berlaku pada jam 2.54 pagi itu:

2.30 pagi : Dua pelajar IPT, seorang lelaki dan seorang perempuan hadir ke balai untuk membuat laporan polis mengenai kes cabul yang sudah berlaku dua tahun lalu.

2.35 pagi : Ketika dua pelajar berkenaan sedang membuat laporan polis, suspek masuk ke kawasan balai dengan motosikal dan terus ke bahagian belakang balai.

Ada polis pergi ke bahagian belakang balai untuk memeriksa, tetapi mereka diserang dan ditetak mati oleh suspek. Suspek kemudian merampas senjata api anggota berkenaan.

Kemudian, 2 anggota polis dimaklumkan mengenai serangan itu bergerak ke belakang balai untuk memeriksa dan berlaku tembak menembak dengan suspek.

2654713

2.54 pagi : Seorang daripada anggota polis berkenaan maut terkena tembakan pada bahagian pipi yang tembus kepala. Seorang lagi anggota berjaya menembak mati suspek.

Sehubungan itu, Razarudin berkata, dua pelajar itu telah ditahan bagi siasatan lanjut pembabitan mereka dengan serangan itu.

“Adalah tidak logik untuk melaporkan kes cabul dua tahun lalu pada jam 2.30 pagi. Ketika laporan sedang dibuat pula, tiba-tiba balai diserang. Jadi kita akan siasat dengan rapi dua pelajar berkenaan.” katanya.

Kita tunggu maklumat lanjut pasal kes ini lagi.

Sumber : Harian Metro