in

Lantai Banyak Retak, Netizen Tak Puas Hati Tengok Keadaan ‘River Of Life’

Ft River Of Life

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Projek River Of Life atau Kolam Biru telah dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Ogos 2017.


Apa yang menarik mengenai jambatan ini adalah, ianya meliputi kawasan sepanjang 10.7 km dan selain Masjid Jamek, ia juga satu pertemuan antara dua sungai dalam bandar iaitu Sungai Gombak dan Sungai Klang.

Ia dah menjadi salah satu tarikan yang ada di KL dimana orang ramai menikmati keindahan River Of Life itu, namun begitu timbul pula satu isu yang kurang enak mengenai keadaan jambatan tersebut.

 

“Dah buat River of Life berbilion tapi budaya selenggara dipinggirkan” – Netizen

Menerusi laman Twitter, dapat lihat ada beberapa bahagian di jambatan itu mengalami keretakan dan kerosakan serta jubin pecah dan tertanggal.

Disebabkan itu, ramai yang mempersoalkan projek yang dikatakan mencecah billion ringgit ini tentang penyelenggaraannya.

Fwwvxuaaqaism98 Fwwvxubacaeazol Fwwvxubaqae6Kqw Fwwvxuyauae1Vdf

Malah ramai juga yang menzahirkan rasa bengang mereka kerana bimbang ia akan mengancam keselamatan pengunjung. Bahkan ada yang kaitkan perkara ini dengan isu jalan berlubang dan masalah eskalator terbakar yang dibiarkan berbulan-bulan lamanya.

River Of Liver River Of Liver 2 River Of Liver 3 River Of Liver 4 River Of Liver 5

Untuk rujukan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan bahawa River Of Life telah disenaraikan sebagai “World’s Ten Best Waterfront District” dalam akhbar Independent UK pada tahun 2018.

Sebelum ini, pernah terjadi satu kes yang dikhabarkan ada budak terjatuh dalam lubang tepi sungai, bagaimanapun keadaan budak itu tidak apa-apa apabila segera diselamatkan oleh ayahnya.

Baca :  Hati-hati Bawa Anak Ke River of Life, Katanya Dah Banyak Budak Terjatuh Dalam Lubang Tepi Sungai?

Budak Terjatuh Dalam River Of Life

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.