in

“Lanjutkan moratorium sehingga Jun 2021” – Parti Muda Senaraikan 10 Cadangan Sempena Belanjawan 2021

Ee1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjelang tahun baru, sudah semestinya antara perkara yang dinantikan adalah Belanjawan 2021.


Tidak ketinggalan, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) juga telah tampil dengan 10 cadangan yang menfokuskan idea dari sudut belia untuk belia seperti kemudahan akses pendidikan dan saluran pembinaan kerjaya.

Ew

 

10 cadangan MUDA untuk Belanjawan 2021

Menerusi kenyataan rasmi parti tersebut. Ini adalah 10 cadangan untuk Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada Jumaat, 6 November 2020:

  1. Melanjutkan moratorium sehingga Jun 2021.
  2. “1 Keluarga, 1 Laptop” : Menyediakan sebuah komputer riba atau elaun tunai berjumlah RM1,000 bagi setiap keluarga untuk kegunaan pembelajaran atas talian.
  3. Bantuan tunai berjumlah RM50 sebulan bagi pelajar universiti sebagai perbelanjaan pembelajaran atas talian bagi tempoh 6 bulan yang akan datang.
  4. Bonus dua bulan untuk pekerja barisan hadapan seperti kakitangan perubatan, polis dan tentera sebagai penghargaan kepada pengorbanan mereka untuk negara dan meningkatkan semangat dalam menangani COVID-19.
  5. Geran tambahan bagi latihan semula dan naik taraf kemahiran bagi mereka yang kehilangan pekerjaan, serta menyediakan bantuan dan penempatan pekerjaan (fokus kepada sektor-sektor tenaga boleh diperbaharui).
  6. Geran tambahan dan pelepasan cukai untuk perniagaan yang mengutamakan pengambilan pekerja tempatan dan graduan baru, serta yang menggunapakai amalan contoh dalam mengurangkan pencemaran dan kesan rumah hijau.
  7. Melanjutkan program subsidi gaji untuk perniagaan dari Januari ke Jun 2021, dan memberi subsidi yang lebih tinggi untuk industri-industri yang terkesan teruk seperti F&B, pelancongan, dan penerbangan.
  8. Memperluaskan jaringan keselamatan sosial (elaun, dana, dsb.) untuk komuniti rentan seperti mangsa keganasan rumahtangga, komuniti OKU, artis dan seniman, dsb (akibat daripada peningkatan mendadak kes COVID-19).
  9. Peruntukan dana bagi memudah dan menggalakkan pelaburan berkaitan tenaga lestari dan boleh diperbaharui untuk mencipta pekerjaan bernilai tinggi bagi rakyat Malaysia sekaligus bersedia mendepani perubahan iklim.
  10. Peruntukan dana kawasan Parlimen yang saksama bagi semua Ahli Parlimen untuk memastikan pengagihan kewangan yang lebih pantas ke kawasan terjejas dan proses desentralisasi bantuan untuk kebaikan rakyat berjalan lancar.

E

Jumaat ini, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat.

E1

Pembentangan itu pastinya dinantikan rakyat di mana ramai terjejas teruk akibat penularan pandemik COVID-19 yang menyebabkan ekonomi Malaysia dan dunia terjejas.

 

E3
Sumber: NSTP
Sumber: Twitter
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.