in

Belanjawan 2021: Perbezaan Politik Perlu Diketepikan Demi Rakyat

Xxx 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam sidang media situasi semasa Covid-19 yang diadakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pukul 4 petang tadi, beliau berkata pihak kerajaan akan mengumumkan inisiatif-inisiatif dalam pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November ini.


1 13

Sambung beliau lagi, kerajaan akan menyediakan pelbagai peruntukan kepada agensi kerajaan dan juga bantuan kepada rakyat Malaysia. Insentif juga akan diberikan kepada sektor korporat, industri dan perniagaan yang terjejas dengan pandemik Covid-19.

Di samping itu, beliau berharap agar semua Ahli Parlimen dapat menolak perbezaan politik dalam memastikan Belanjawan 2021 diluluskan demi kepentingan rakyat dan negara. Beliau juga menegaskan kepentingan rakyat mengatasi segala kepentingan lain.

Tan Sri Muhyiddin juga memberi jaminan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan terus berusaha untuk memastikan krisis besar yang dihadapi negara berada dalam keadaan terkawal.

“Matlamat kita hanyalah satu iaitu untuk menang dalam melawan COVID-19 dan memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat sentiasa terbela”

 

BACA: [TERBARU] PRK Batu Sapi & PRN Sarawak Akan Diadakan Pada Bila-Bila Masa

Xx 3

Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.