in

Generasi Ke-7 Dah Kembali? Ini Asal Usul Kisah Mahsuri & Mengapa Langkawi Disumpah 7 Keturunan

Mahsuri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Langkawi, Kedah merupakan sebuah pulau yang terkenal sebagai destinasi pelancongan yang kaya dengan pemandangan laut yang cantik dan keunikan ekosistem yang mungkin tidak dapat di pulau-pulau lain.


Ia juga merupakan syurga bagi mereka yang suka membeli-belah dan antara keunikan lain termasuklah sejarahnya iaitu lagenda Mahsuri.

@miorjohan

Ramai Yg tertanya pasal mahsuri..ini ialah #aisyah keturunan #mahsuri yg ke7..mahsuri telah sumpah bumi #langkawi sehingga keturunan ke7..tq dtng lngkawi xpernah xsinggah #mahsurisumpahtujuhketurunan??????

♬ อย่างน้อยเราเคยรักกัน – AnAn (อันอัน)

Baru-baru ini, ramai yang bercakap mengenai keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Wan Aishah atau nama Thainya, Sirintra Yayee atau Nong May yang kembali ke Langkawi bersama anak lelakinya dan dia kini berusia 37 tahun.

Ada yang mengatakan, apabila lahirnya Wan Aishah pada tahun 1985, dia menjadi keturunan ketujuh dan ia menandakan sumpahan Mahsuri itu telah tamat.

Siapakah Mahsuri?

Lagenda Mahsuri Langkawi 1

Walaupun banyak versi yang pernah kita dengar mengenai Mahsuri, tetapi yang paling banyak diceritakan adalah versi seperti berikut;

Mahsuri adalah anak kepada pasangan Thailand yang berpindah dari Phuket pulau Langkawi untuk mencari kehidupan yang lebih baik.

Menurut lagenda, dia adalah wanita yang paling cantik di seluruh Langkawi dan berkahwin dengan pahlawan Wan Darus. Setelah berkahwin, suaminya terpaksa pergi berperang, meninggalkan Mahsuri untuk mengurus dirinya sendiri.

Dituduh berzina

Di ketika itu, Mahsuri berkawan dengan seorang pemuda bernama Deraman, oleh kerana isteri ketua kampungnya cemburu dengan kecantikan Mahsuri, dia menyebarkan khabar angin bahawa Mahsuri tidak setia kepada suaminya dan menjalin hubungan sulit dengan Deraman.

 

Akhirnya, desas-desus itu semakin kuat sehinggakan orang kampung secara terang-terangan menuduhnya berzina, demi mempertahankan diri Mahsuri mengaku tidak bersalah, tetapi tiada siapa yang mempercayainya.

Dibunuh dengan keris keluarganya

Selepas ditangkap oleh penduduk kampung, Mahsuri diikat pada pokok (atau tiang) dan ditikam hingga mati tetapi ia tidak berhasil.

Setiap percubaan hukuman mati gagal, Mahsuri kemudiannya menyuruh mereka menikamnya dengan keris milik keluarganya. Apabila dia ditikam, darah putih mengalir dari luka itu, menandakan dia tidak bersalah.

Msr

Dikatakan juga, beberapa ekor burung terbang di atasnya untuk menutupi badannya yang sedang terkujur. Dengan nafasnya yang kian perlahan, Mahsuri menyumpah Langkawi akan ditimpa bala dimana ia akan menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.

Langkawi hancur dan porak-peranda

Seminggu selepas Mahsuri dibunuh, Wan Darus pulang setelah Kedah gagal menewaskan Siam. Selepas mengetahui akan hakikat tentang isterinya, dia kecewa lalu membawa anaknya, Wan Hakim keluar dari Langkawi.

Sejurus itu, tentera Siam menyerang pulau tersebut dan Langkawi hancur dan banyak tanaman padi dibakar.

Semakin maju selepas sumpahan berakhir

Setelah berakhirnya sumpahan Mahsuri, Langkawi kini lebih maju dan menjadi antara destinasi yang paling dilawati oleh pelancong dari dalam dan luar negara.

Malah terdapat juga cerita yang mengatakan, kisah Mahsuri turut berkait dengan kemerdekaan negara apabila Perdana Menteri pertama negara iaitu Tunku Abdul Rahman Putra al- Haj dikatakan pernah bermimpi bertemu Mahsuri.

Artikel Makam Mahsuri

Tunku Abdul Rahman menjadi Pegawai Daerah Langkawi sekitar 1935 dan berusaha mencari kubur Mahsuri. Selepas beberapa bulan berusaha, beliau menemui kubur misteri di Ulu Melaka yang kemudian dipercayai beliau sebagai pusara Mahsuri.

Dalam mimpi itu, Mahsuri memberitahu Tunku yang Tanah Melayu tak akan merdeka selagi ada bulan dan matahari. Dengan petua itu, maka Tunku mengadakan rundingan kemerdekaan dengan British.

Kisah lagenda dan sejarah ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan, ada sebab ia diceritakan. Mungkin kita sebagai generasi baru ini boleh belajar dari kisah lampau itu. Betul tak?

Sumber: Berita Harian, Mahsuri, Remaja

Baca: “Ada sejarah rupanya” –  [VIDEO] Kenapa Orang Kita Gunakan Istilah ‘Tanah Air’? Ini Penjelasannya

Untitled Design 2022 05 17T170245.171

Sumber: Wikipedia
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.