in

“Lambat laun jadi spot paranormal” – Terbiar & Terbengkalai, Ramai Sedih Lihat Keadaan Terkini MAPS Ipoh

Maps Terbengkalai Bakal Jadi Spot Paranormal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suatu ketika dulu, Taman Teman Animasi MAPS Ipoh pernah menjadi antara destinasi tarikan yang wajib dikunjungi di Perak.


Walau bagaimanapun, pada Januari tahun lepas, MAPS mengumumkan penutupannya yang dikatakan berpunca daripada kerugian yang ditanggung pihak taman tema yang tidak dapat dibendung lagi.

Feu540Svkamxkt

 

“Lambat laun jadi spot paranormal” 

Keadaan terkini MAPS yang dikongsikan Twitter @viralperak baru-baru ini telah membuatkan ramai di antara netizen sedih kerana ia dilihat bersemak samun dan dalam keadaan terbengkalai.

Menurut posting Twitter itu juga, lambat-laun kawasan yang terbiar tanpa khabar dan hala tuju ini akan berubah menjadi spot paranormal pula.

 

“Sayang… tempat strategik, idea bagus” 

Rata-rata netizen berpendapat MAPS sepatutnya boleh menjadi antara tempat tarikan yang menarik setanding dengan taman tema lain di negara ini jika ia mendapat perhatian dari pihak sewajarnya.

Pun begitu, jika ia berterusan begini, alamatnya pada suatu masa nanti ia akan menerima nasib yang sama seperti Mimaland.

Maps Terbengkalai

Moga-moga adalah pihak yang mahu membangunkan semula taman tema ini. Rugi kalau dibiarkan begitu sahaja. 

Baca: “Oh sebab tu ke” – Netizen Kongsi Punca Sebenar Taman Tema Mimaland Ditutup

Mimaland

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.