in

“Laju macam pelesit! – [VIDEO] Wanita Cemas, Hampir Bertembung Lori Tengah Laju Memotong Dalam Gelap

Fi Lori

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari silih berganti, makin banyak juga kes kemalangan yang kita dengari. Kadang-kadang itu, tragedi tersebut hingga meragut nyawa mangsa yang terlibat.


Walaupun kita sudah berhati-hati, namun ia juga boleh berpunca dari pengguna jalan raya lain yang tidak bertanggungjawab.

Seperti kisah yang ingin dikongsi kali ini, seorang wanita berdepan detik cemas dalam hidupnya apabila hampir bertembung dengan kenderaan lain ketika memandu.

 

Laju macam pelesti

Viral di media sosial baru-baru ini, apabila seorang wanita yang hampir terlibat dalam sebuah kemalangan ketika memandu.

Ketika itu, wanita tersebut sedang memandu di sebuah jalan yang gelap dan dia perasan ada lampu yang datang ke arahnya dengan sangat laju.

Dia yang mula sedar, terus membunyikan hon dan memberhentikan kenderaannya di bahu jalan.

Alangkah terkejutnya apabila kenderaan yang datang ke arahnya itu adalah sebuah lori yang sangat besar.

Selain itu, dapat dilihat bahawa lori tersebut sedang memotong lori lain yang berada didepannya.

Video tersebut telah dimuat naik di aplikasi TikTok menerusi akaun @fyzahStella, dan sehingga kini telah meraih lebih 1 juta views.

@fyzahstella94

takutnya, baik la xde apa2x#fypシ #tiktokmalaysia #hatihati #malaysian #malaysiatiktok

♬ bunyi asal – fyzahStella? – fyzahStella?

Dalam video tersebut, kita nampak yang lori itu tidak memberi signal apabila memotong lori lain didepannya.

Nasib baiklah wanita ini sempat mengelak dan lori tersebut hanya melanggar bahagian tepi kenderaan dipandu wanita itu. Seram gila wehh tengok laju macamtu!

 

“Sayangnya tak dapat no plate”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen melahirkan rasa syukur kerana wanita tersebut selamat daripada kejadian itu. Disamping ramai yang turut merasa geram dengan tindakan ‘tidak wajar’ pemandu lori itu.

Reak Lori 1 Edit

Reak Lori 2 Edit

Reak Lori 3 Edit

Macam mana pun, korang semua tolong alert lagi-lagi kalau memandu dalam gelap tu. Min nasihatkan lebih baik untuk korang pasang dashcam dalam kereta masing-masing. Stay Safe!

 

Baca : “Remuk terus”; Lori Di Lorong Kanan Langgar Axia Sampai Berpusing Buat Netizen Geram

Foot Lori 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.