Pemakaian mekap tidak asing lagi dalam kalangan wanita sejak dari zaman dulu-dulu lagi agar tampil lebih cantik. Sekarang ni, orang lelaki pun dah mula pakai alat solek cuma dorang pakai mekap simple je la macam lip balm untuk elak bibir kering.
Kali ini, kami nak kongsikan dengan anda transformasi seorang wanita warga emas yang telah berubah dan kelihatan lebih muda dari usia sebenar setelah wajahnya ditata rias oleh seorang MUA atau jurusolek di Indonesia.
Menurut Wolipop Detik.com, video perubahan nenek itu telah dikongsikan sendiri oleh MUA itu yang dikenali sebagai Rangga Juans di TikTok baru-baru ini.
@ranggajuans Ilmu mistis untuk makeup 🤣🤣 #fypシ #fyp #foryou #viral #makeup #mua #wedding
Dalam video yang berdurasi selama 20 saat itu, dapat dilihat bahawa nenek itu telah disolek menggunakan produk kecantikan seperti foundation, bulu mata palsu dan gincu.
Cuma, apa yang menarik perhatian, jurusolek berkenaan telah melekatkan sellotape pada wajah nenek tersebut namun untuk tujuan apa, ia tidak dapat dipastikan. Mungkin jugak untuk menyembunyikan kedutan pada muka kot.
Difahamkan, Rangga sengaja menyolek wajah wanita tersebut hanya untuk suka-suka sebab video itu dirakam pada 2020 di mana pada ketika itu, dia tidak mendapat tempahan untuk menyolek pengantin disebabkan pandemik COVID-19.
Sehingga kini (ketika artikel ini ditulis), video solekan di TikTok itu telah meraih lebih sejuta tontonan oleh netizen. Memang berbeza 180 darjah wajah sebelum dan selepas nenek ni kan.
Siapa kata kalau usia meningkat tak boleh cantik-cantik dah? Mungkin ini lah yang dimaksudkan dengan age is just a number.
Sumber: Wolipop Detik.com, TikTok @ranggajuans