in

“Rule ni tak masuk akal! Apoo?” – Michael Ang Tak Puas Hati Larangan FINAS Pelakon Muda Disolek Jadi Tua

Watak Tua

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Hans Isaac telah mengeluarkan kenyataan yang mana tiada lagi pelakon muda akan disolek untuk kelihatan tua bagi pegang watak veteran mulai tahun depan.

‘Undang-undang’ baru ini telah menimbulkan kerisauan di kalangan pengarah drama lain termasuklah Michael Ang yang berpendapat tindakan stesen TV dan FINAS ini seakan-akan menyekat kebebasan untuk berkarya. 


Michael 2
sumber: mstar

 

“Alang-alang tu kenapa tak nak buat rule pelakon kayu dilarang keluar TV?” 

Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia berpendapat undang-undang sebegini macam berat sebelah dan ‘control’ kebolehan seseorang pelakon.

Bagi Michael, perkara ini macam buka periuk nasi orang lain tapi pada masa yang sama, tutup pulak periuk nasi orang lain. Haa macam mana tu?? 

“Katakan watak cerita tu kisah seorang perempuan dari umur 28- 60 tahun so waktu 28- 40 pakai pelakon muda bila kisah dia 41-60 pakai pelakon lain? Like seriously la,” kata Michael.

https://www.instagram.com/p/B5FPjVaJNAK/

 

“I sendiri selalu ambil Norlia Ghani, Hamidah Wahab berlakon…” 

Takut kenyataannya disalahanggap, Michael kemudian membuat memuat naik IGTV di Instagram untuk memperjelas pandangannya mengenai isu ini.

Menurutnya, dia juga antara pengarah yang sering mengambil dan mengutamakan pelakon veteran macam Norlia Ghani dan Hamidah Wahab untuk berlakon dalam dramanya.

https://www.instagram.com/p/BzryN-4pzhS/

“Tapi sebenarnya kenapa pelakon veteran ni sering complaint tak ada kerja ialah kerana kekurangan budget. Nak bayar hero muda yang famous dah berapa. Sah-sahlah pelakon atuk nenek dia orang panggil extra je,” katanya lagi.

Nah tengok video penuh penjelasan Michael Ang di bawah:

https://www.instagram.com/p/B5FVXf4plch/

Bila isu ini naik, tiba-tiba min teringat kat filem Hollywood. Dorang chill je guna watak muda yang dimekapkan jadi tua tetapi pelakon veteran dorang masih lagi ada standard dan dapat bayaran tinggi kalau dipanggil berlakon. Old is gold tau bagi mereka!

So apa pendapat korang? Wajarkah rule baru FINAS ni untuk tahun depan?

Baca: “Banyak lagi masalah industri perfileman” – Sharifah Amani Pesan FINAS Isu Industri Lebih Penting Daripada Netflix

Amani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.