Dua lelaki yang baru pulang dari bandar ke kampung di Plupuh mengingkari arahan self quarantine sedangkan pada awalnya mereka bersetuju untuk berbuat sedemikian.
Menurut Suara, ketua pemerintah Sragen mengambil pendekatan berbeza untuk menghukum dan memberi pengajaran kepada mereka kerana degil.
Akibat enggan melakukan self quarantine di rumah masing-masing, kedua-dua mereka telah dikurung dalam rumah berhantu yang jauh dari kampung dan terletak di tengah sawah padi.
Ketua daerah Sragen, Kusdinar Untung Yuni Sukowati berkata beliau menerima laporan terdapat dua warga Plupuh yang enggan dikuarantin. Jadi beliau terus memberi arahan agar rumah hantu di tengah sawah pafi itu dibersihkan untuk mengunci kedua-dua pelaku tersebut.
Ada dua warga di Plupuh yang sepakat dan mau karantina mandiri tetapi di tengah jalan melanggar komitmen itu. Akhirnya, dua warga itu dimasukan ke rumah kosong dan berhantu lalu dikunci dari luar.”
Bagaimanapun menurutnya, kedua-dua individu tersebut tetap diberi makan dan diawasi dari semasa ke semasa. Menurutnya, sebelum ini kedua-dua mereka telah menandatangani surat tanda bersetuju untuk melakukan self quarantine selama 14 hari. Tapi, tak sampai 2 minggu mereka langgar perjanjian itu dan enggan self quarantine.
Kata Yuni lagi, beliau faham jika ada yang mahu pulang dari bandar ke kampung tapi mereka haruslah mengikut arahan yang telah ditetapkan iaitu melakukan kuarantin selama 14 hari.
Kalau tidak mau ikut aturan untuk karantina mandiri ya masukin ke rumah kosong berhantu saja.”