in

“Kenapalah selfish sangat?” – Ibu Jadi Mangsa, Terlantar Di ICU Sebab Anak Tak Kuarantin Lepas Balik Oversea!

Feature 4 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi kewajipan buat semua yang baru balik dari luar negara untuk mengasingkan diri  ketika penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia. Tolonglah jangan pentingkan diri sendiri.


Namun, seorang wanita warganegara Thailand yang baru sahaja pulang daripada luar negara telah menjadi penyebab ibunya dijangkiti virus ini, lapor The Nation Thailand.

Thailand

Difahamkan, wanita itu tidak mengasingkan diri (self-isolation) selama 14 hari sebaik tiba di negara terbabit.

Dalam kes ini, wanita tersebut mungkin tidak mengetahui bahawa dirinya merupakan pembawa virus disebabkan dirinya tidak menunjukkan simptom-simptom wabak ini.

Dia pula hanya mengalami tanda-tanda jangkitan setelah ibunya telah mengalami demam selama enam hari walaupun keputusan X-ray adalah normal.

Xray

Lagi teruk, ibunya itu juga sekarang sedang terlantar di Intensive Care Unit (ICU) di sebuah hospital di negara itu setelah mengalami masalah pernafasan beberapa hari selepas itu. Ya Allah, kesiannya. 

Menurut Dr Opass Putcharoen yang merupakan ketua Pusat Klinikal Penyakit Berjangkit Universiti Chulalongkorn, ramai antara mereka yang baru pulang dari luar negara tidak mengkuarantinkan diri mereka kerana diri mereka tidak menunjukkan gejala-gejala jangkitan.

Jadi, korang semua kena ambik pengajaran supaya perkara yang sama tidak akan berlaku kat keluarga sendiri. 

 

Baca: “Buat comeback untuk kena maki ke” – Pesakit 136 Yang Dikatakan Punca Jangkitan Covid-19 Perhimpunan Tabligh Tampil Bagi Penjelasan Sebenar

Selfish 1

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.