in

Lagi Serangan Di Perancis, Kali Ini Paderi Ditembak Di Luar Gereja

Untitled Collage 70

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang paderi Greek Ortodoks parah ditembak di luar gereja di Lyon, Perancis semalam.


Serangan seumpama itu merupakan yang kedua berlaku tidak sampai beberapa hari, selepas tiga individu maut dalam satu pembunuhan kejam di sebuah gereja lain di Notre Dame.

Memetik laporan Berita Harian, mangsa yang dikenali sebagai Nikolaos Kakavelaki dilaporkan diserang ketika sedang menutup gereja di Lyon pada tengah hari dan mengalami kecederaan serius.

Siasatan mendapati, mangsa ditembak dua kali di bahagian dada pada jarak dekat. Motif serangan bagaimanapun masih belum diketahui dan polis telah membuka kertas siasatan atas dakwaan cubaan melakukan pembunuhan.

Setakat ini, seorang suspek telah ditahan untuk membantu siasatan.

BBC melaporkan, Kementerian Dalam Negeri Perancis telah pun mengarahkan pasukan keselamatan berkawal di lokasi kejadian dan menutup kawasan tersebut daripada orang awam.

Perancis ketika ini berada dalam keadaan berjaga-jaga setelah Presidennya, Emmanuel Macron meningkatkan status amaran susulan pembunuhan tiga individu di sebuah gereja beberapa hari lepas.

Ia merupakan serangan kedua yang berlaku tidak lama selepas insiden seorang guru dipenggal kepalanya, kerana melakukan penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW atas alasan kebebasan bersuara.

 

Baca: “Kebebasan bersuara pun ada batasnya” – Pemuda Umno Minta Presiden Perancis Minta Maaf Isu Hina Rasulullah & Islam

Capture 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.