in

“Kebebasan bersuara pun ada batasnya” – Pemuda Umno Minta Presiden Perancis Minta Maaf Isu Hina Rasulullah & Islam

My Post 1 768X384 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Parti Pemuda Umno telah pun menyerahkan memorandum yang ditujukan kepada Presiden Perancis, Emmanuel Macron melalui kedutaan Perancis di Jalan Tun Razak.


Memorandum tersebut dibuat sebagai respon kepada kenyataan yang dibuat oleh Macron berhubung isu menghina Rasulullah SAW dan Islam selepas insiden seorang guru Perancis Samuel Paty yang mati dibunuh.

Menurut Bernama, Exco Pemuda Umno Ikmal Hazlan Ikmal Hisham mengatakan, tujuan utama memorandum tersebut adalah untuk meminta kenyataan balas dari kerajaan Perancis untuk menarik balik kenyataan Macron dan meminta maaf kepada umat Islam.

Umno 2

Mengaitkan Nabi Muhammad dengan exterimisme dan keganasan adalah tindakan yang tak bertanggungjawab. Kami hormat ‘hak kebebasan bersuara’ tapi ada batasannya.”

Katanya lagi, kenyataan Macron adalah penghinaan yang terbesar lebih-lebih lagi di saat umat Islam sedang meraikan Maulidur Rasul.

Ikmal turut meminta rakyat Malaysia untuk memboikot barangan keluaran Perancis sekiranya kerajaan di sana memilih untuk mendiamkan diri.

Kalau korang nak tahu, isu ini bermula apabila seorang guru Perancis, Samuel Paty ditemui dengan kepalanya dipenggal oleh pelarian Chechen selepas guru ini menggunakan karikatur Nabi Muhammad ketika dia mengajar pelajarnya tentang kebebasan bersuara.

Umno 4

Menurut New Statesman, ekoran dari serangan ini, Macron mengatakan yang dia tak akan menghapuskan karikatur tersebut dan anugerahkan Samuel Paty dengan anugerah tertinggi orang awam Perancis, Légion d’honneur. Kerajaan Perancis juga turut menutup sebuah masjid yang mereka dakwa telah menyebarkan bahan-bahan ekstremis serta membubarkan organisasi Muslim yang dianggap sebagai ektremis.

Ekoran ini, negara-negara Islam seperti Turki telah mula menuduh Macron sebagai seseorang yang memulakan kempen untuk membenci Islam. Tak cukup dengan itu, banyak juga negara-negara Islam yang telah memboikot barangan yang dikeluarkan oleh Perancis.

 

Baca: Isu Lukis Karikatur Nabi Muhammad, Dr Zulkifli Kirim Surat Buat Duta Perancis, Siap Hadiahkan Buku Lagi

Feat Islam Final

Sumber: Arab News
Sumber: WSJ

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.