in

Lagi Kes ‘TERPOTONG’ Kepala Zakar : Kanak-Kanak Trauma, Menyesal Bersunat

Featured 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ingat dah habis dah kes ‘terpotong’ kepala kemaluan kanak-kanak, rupanya ada lagi.


Kali ni terjadi kepada seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun selepas pegawai perubatan yang terlibat dalam majlis berkhatan beramai-ramai di Shah Alam, Selangor 8 Disember lalu ‘terpotong’ kepala zakar kanak-kanak tersebut..masyaallah, kenapa boleh berlaku lagi hurmm..

Satu
Gambar hiasan

Menurut hmetro, kanak-kanak tersebut kini mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan akan menjalani pembedahan bagi menyambung bahagian kepala kemaluannya yang terpotong.

Ibu kepada kanak-kanak lelaki tersebut, Rohani, 36 tahun (bukan nama sebenar) berkata, anak nya kini stabil dan menunggu masa untuk dibedah.

“Kami dimaklumkan perlu menunggu Selasa ini (esok) untuk mengetahui sama ada pembedahan penyambungan terbabit berjaya atau sebaliknya.

“Sekiranya gagal, anak mungkin perlu menjalani pembedahan plastik bagi menggantikan bahagian terpotong itu,”

Bagaimanapun sama ada usaha itu berjaya atau tidak hanya akan diketahui esok, sekiranya gagal, doktor akan melakukan pembedahan plastik bagi membetulkan atau menggantikan bahagian kepala yang terpotong..hurm takkan sama dengan yang asal kan.

Pegawai perubatan sorok hal sebenar – ibu mangsa

 

Yang sadisnya, ibu kepada kanak-kanak lelaki tersebut berkata, pegawai perubatan yang mengkhatankan anaknya itu tidak memberitahu kejadian sebenarnya, sebaliknya hanya memaklumkan bahawa kanak-kanak tersebut perlu dihantar ke HKL kerana mengalami pendarahan..sepatutnya jujur dengan parents budak tu, tak payah sorok.

Di HKL, doktor memaklumkan bahagian kepala alat sulit anak putus akibat ‘terlebih potong’ menyebabkan anak saya perlu menjalani pembedahan,”

Rohani berkata program berkhatan beramai-ramai yang disertai anak sulungnya itu merupakan anjuran persatuan penduduk kawasan kediamannya dan turut disertai 49 kanak-kanak lain.

Majlis Berkhatan
Gambar hiasan

Katanya 8 pegawai perubatan ditugaskan untuk mengkhatankan kesemua 50 kanak-kanak tersebut menggunakan kaedah ‘solehring’.

“Anak saya giliran ke-45 dan dia masuk ke bilik berkhatan jam 12.30 tengah hari.

“Bagaimanapun, sewaktu melakukan proses itu berlaku kejadian tidak diingini menyebabkan kecederaan pada alat sulit anak saya.

“Susulan itu, anak saya dihantar ke HKL dan menjalani pembedahan pada hari sama,”

Kejadian itu katanya telah menyebabkan emosi anak terganggu dan sukar tidur malam kerana sakit selain perlu bergantung kepada ubat tahan sakit..yelah siapa yang sanggup hilang kepala kemaluan kan.

“Anak beritahu saya dia menyesal berkhatan, seolah-olah tidak dapat terima hakikat, perkara ini memberikan kesan mendalam apabila dewasa kelak.”

“Kami juga bimbang pelajarannya terganggu disebabkan kejadian ini kerana dia menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun depan,”.

Buat laporan polis, ambil tindakan undang-undang

 

Suri rumah itu berkata pihaknya juga telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari sama..betul tu kak, takkan nak diamkan pulak kan.

Malah keluarganya sedia mengambil tindakan undang-undang jika didapati berlaku kecuaian yang boleh menyebabkan kecacatan kekal kepada anaknya.

“Tindakan itu mungkin tidak dapat mengembalikan keadaan kemaluan anak seperti sedia kala.

Sekurang-kurangnya memberi pembelaan kepada anak, selain memberikan pengajaran kepada individu yang cuai.

“Kami juga mengeluarkan kos bagi pengangkutan berulang-alik ke HKL, selain suami perlu mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaga anak sejak hari pertama di masukkan ke wad kerana saya perlu menjaga tiga lagi anak di rumah,”.

Sementara itu, pihak HKL ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung kejadian tersebut.

Scary la sebab bukan satu dua kes, dah banyak dah..admin harap pegawai perubatan lepas ni berhati-hatilah sikit time mengkhatankan budak-budak ni, kesian admin tengok.

Baca : Penjelasan Telus Doktor Ini Kenapa Sunat Bukan Menzalimi Anak Perempuan Di Malaysia Dari Sudut Islam

Suhazeli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.