in

Lagi Kejadian Lubang Benam, Kali Ini Di Shanghai

Lubang Benam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kejadian lubang benam atau sinkhole bukan sahaja pernah berlaku di negara ini, malah insiden sama turut dilaporkan berlaku di Thailand dan Singapura tahun lalu.

Terkini, pekerja di sebuah tapak pembinaan di Shanghai, China berdepan detik cemas apabila satu lubang benam tiba-tiba terbentuk di kawasan pembinaan di barat daya bandar berkenaan.


Img 0696

Menurut laporan Channel NewsAsia (CNA), tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan kerana pekerja di lokasi berkenaan sempat menyelamatkan diri.

Kompleks perumahan serta bangunan pejabat yang terletak berhampiran lokasi kejadian turut dikosongkan sebagai langkah keselamatan.

Difahamkan, insiden lubang benam itu berlaku sehari selepas pekerja tapak pembinaan mengesan kebocoran air ketika menjalankan kerja penggalian bagi projek laluan metro.

Artikel berkaitan: Kejadian Lubang Benam Di Sumatera Barat, Ramai Kunjungi Lokasi ‘Sinkhole’ Untuk Ambil Air

Artikel berkaitan: Tular Jalan Mendap Di KL Cuma Baiki Paip Bocor, Bukan Lubang Benam

Img 0695

Usaha untuk menampal kebocoran itu telah dilakukan namun tanah di lokasi itu tetap runtuh keesokan harinya.

Video kejadian itu difahamkan telah sempat dirakam dan telah tular di media sosial.

Sumber: Channel News Asia 

Sumber: CNN

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.