in

“Lafazkan talak dalam kereta” – Nubhan Ceraikan Isteri, Bakal Mulakan Prosiding Di Mahkamah Esok

syaz ft 2025 10 15T111056.948

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi Nubhan dilaporkan bakal ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang esok bagi menghadiri prosiding pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Menurut laporan Kosmo!, permohonan pengesahan lafaz talak itu difailkan Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad, 39, pada awal bulan lalu, seperti dimaklumkan sumber terdekat pasangan berkenaan.


Artikel berkaitan: [VIDEO] Nak Bagi Selesa Tidur, Netizen Puji Nubhan Bawa Mak Jenny Naik Pesawat ‘First Class’

Artikel berkaitan: Wanita Bangladesh P*tong Alat Sulit Teman Lelaki Angkara Cemburu Belum Ceraikan Isteri

“Setakat yang saya dimaklumkan, esok merupakan prosiding bagi pengesahan lafaz talak yang difailkan Nubhan di mahkamah syariah.

Bila lafaz cerai itu dibuat kena tanya kepadanya. Mereka berdua akan hadir bersama peguam masing-masing,” katanya.

Apabila ditanya mengenai punca yang mendorong bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam (AF6) itu membuat permohonan berkenaan, sumber tersebut enggan mengulas lanjut dan menasihatkan agar soalan itu diajukan sendiri kepada Nubhan.

Namun, sumber itu mengakui bahawa penyanyi dan usahawan berkenaan tidak lagi tinggal sebumbung dengan Afifah Hidayah selepas melafazkan talak sekitar Ogos lalu.

“Mereka sudah tinggal berasingan. Tiga anak mereka yang kesemuanya masih kecil berada bawah jagaan isterinya,” ujarnya.

Sementara itu, peguam yang mewakili isterinya, Datuk Akberdin Abdul Kader mengesahkan Afifah Hidayah selaku plantif akan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang seperti dijadualkan bagi prosiding sebutan pertama.

“Saya difahamkan suami kepada anak guam saya melafazkan talak ketika mereka berdua berada di dalam kereta sekitar akhir Ogos tahun ini.

Cuma saya tak pasti sama ada hakim akan beri keputusan atau mengesahkan perceraian mereka esok kerana biasanya perlu ada siasatan dulu.

Punca diceraikan, kita tunggu sahaja esok. Sebarang maklum balas membabitkan anak guam saya boleh dijawab selepas prosiding selesai,” katanya.

Sebelum ini peguam syarie dari Firma Akberdin & Co itu pernah mewakili beberapa selebriti termasuk Puteri Sarah Liana, Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Sharnaaz Ahmad selain Harith Iskander serta bekas isterinya, Dr. Jezamine Lim.

 

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.