in

“Kurang ajar kau, Dah lah tua bangka” – Pemandu E-Hailing Ludah & Tumbuk Rahang Wanita 63 Tahun

Ehailing3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hanya kerana nak double confirm hala tuju destinasi, seorang pemandu e-hailing tergamak meludah dan menumbuk rahang penumpang wanita berumur 63 tahun.


Kejadian yang berlaku di Petaling Jaya semalam saat ibu kepada Zuin tersebut ingin menuju ke Hospital Kuala Lumpur (ICUHKL) untuk melawat ayahnya yang tengah sakit.

 

“KURANG AJAR KAU, DAH LAH TUA BANGKA”

Pada mulanya ibu dia nak double confirm untuk mengetahui kesahihan maklumat kepada si pemandu, tapi tidak dilayan, malah niatnya hanya nak ajak berborak dengan si pemandu tu.

Hailing2

Tapi tiba-tiba dia dimaki oleh pemandu tersebut dan terus di kasari, diludah malah mukanya ditumbuk di bahagian rahang.

Hailing4 1 Hailing5 1

Selepas kejadian itu selesai, Zuin sekeluarga membuat laporan polis terhadap isu ini. Pada mulanya ibunya tidak mahu membuat laporan tersebut kerana tidak mahu perasaan ayahnya yang kini sedang berada di wad sakit terganggu.

Namun begitu, ia tetap dilakukan, lepas Zuin viralkan kisah ini, anak kepada pemandu tu ada menghubunginya dan meminta maaf.

Mereka bersetuju untuk bersemuka dan berbincang mengenai hal ini di balai polis yang berhampiran.

 

Pemandu minta maaf tapi….

Pada mulanya pemandu tersebut menafikan yang dia menumbuk ibu Zuin, namun akhirnya mengaku. Dalam laporan polis yang pihak pemandu lakukan, ada sedikit perubahan dan cerita yang disampaikan seolah-olah tak lengkap.

Hailing6 1

 

Buat laporan baru

Hailing7

Namun begitu, keluarga Zuin telah menggesa mereka untuk buat balik laporan baru berdasarkan cerita sebenar. Menurut laporan The Star, syarikat itu telah ‘menggantung’ perkhidmatannya dan mereka memohon maaf atas kejadian ini.

Baca : Pemandu E-Hailing Tersentak Bila Dapat Tips Daripada Penumpang Bangladesh Berjumlah…

Ehailing

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.