Pemandu E-Hailing Tersentak Bila Dapat Tips Daripada Penumpang Bangladesh Berjumlah…

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Bukan nak memperlekehkan tapi hakikat dengan tanggapan kita bahawa pekerja Bangladesh ini memang dah sinonim dengan bau badan yang kuat, kadang-kadang sampai melekat di satu tempat.

Ketika pemandu e-hailing Fadhli Sahar terima 3 penumpang Bangladesh untuk menggunakan perkhidmatannya dia sendiri mengalami situasi yang sama, pada mulanya dia menunjukkan rasa tak selesa sampailah ada satu kejadian dalam keretanya ini buatkan dia tersentak.

 

Masuk dalam kereta tahan nafas

Ketika saya terlihat RM 50 dalam balang tip, saya teringat pasal penumpang ni masa saya ada memandu E-Hailing dulu. Biasanya saya menerima banyak tip daripada foreigner. Terutamanya daripada orang Bangladesh.

3 tahun lepas, ada orang beritahu saya jangan ambil mereka sebab bau badan mereka akan kekal dalam kereta saya. Terutamanya, lepas waktu pejabat.

Masa tu pukul 4 petang, seingat saya masa tu saya berada di kawasan sunway. Saya dapat notifikasi daripada penumpang. Tambangnya agak tinggi. Dalam RM 40 lebih kalau tak silap, saya pun terimalah.

Bila saya sampai untuk ambil mereka, saya nampak ada 3 orang Bangladesh sedang menunggu dan melambai kat saya. Berdasarkan uniform, mereka ni macam sekuriti

“Abang, boleh hantar kami ka?”

“Boleh-boleh” Saya balas

 

Tahan nafas, tutup hidung, buka tingkap sampai penumpang perasan pemandu rasa tak selesa 

Diaorang cepat-cepat buka pintu dan duduk kat belakang. Mereka baru habis tugas.

Masa diaorang masuk je dalam kereta saya, saya tahan nafas. Tapi tak boleh lama sangat. Jadi, saya tukar mod penghawa dingin. Ia tak membantu sebab udara kat luar tengah panas.

Kemudian, saya tukar balik kepada mod asal tapi perlahankan sikit dan turunkan sikit tingkap kereta supaya udara luar boleh masuk. Kadang-kadang, masa lampu isyarat tengah merah, saya turun kan sikit-sikit.

Biasanya saya akan berbual dengan penumpang sepanjang pemanduan tapi kali ini tak sebab saya ‘terganggu’. 2 orang tengah tidur. Lagi satu, yang duduk kat tengah-tengah tengok saya banyak kali.

Dia tahu macam ada satu perkara yang tak kena. Kadang-kadang saya tutup hidung dengan baju dan turun kan tingkap berulang kali. Bila saya pandang mereka, dia cepat-cepat alihkan pandangan.

Saya rasa dia tahu yang saya tengah tak selasa.

“Are you OK boss?”  dia tanya

“Ya. I’m OK” saya jawab.

 

Selalu kena reject dengan pemandu

Bagi saya, memang tak beradab lah untuk cakap pasal bau badan orang. Walaupun diaorang ini imigran, diaorang tetap manusia.

“Kami panggil 3 E-Hailing sebelum abang. Semua cancel booking apabila nampak kami”

“Kadang driver malas nak drive jauh-jauh”

Saya cuba ubah rungutan dia kepada sudut positif.

Saya tahu kebanyakan pemandu E- Hailing ni memilih untuk ambil penumpang. Serius, saya sendiri tak tahu kenapa, bila tahu sebab memang tak masuk akal.

 

Bagi RM 100 sebagai tip

BIla dah sampai, lelaki yang duduk kat tengah-tengah bagi saya RM 100. Tapi bila saya nak bagi baki, dia tolak.

“Tapa bang tapa. bagi anak-anak makan. terima kasih kerana sudi hantar kami ni”

Jujur, saya memang tak sangka. Kalau dapat RM 1 atau RM 2 itu normal tapi tip sampai RM 50 tu sangat tinggi, jadi saya nak pulangkannya.

“Tak apa bang. Abang simpan. Saiya tahu abang tak selesa sama kami tadi”

“Its OK its OK. Its my job”

“Ambik saja. Abang sudi hantar kami. Bukan harini saja saya selalu kene cancel. Banyak hari juga bang”

Kadang-kadang orang Bangladesh ni lah yang ajar saya banyak benda pasal kehidupan. Mereka imigran tapi tetap manusia biasa macam kita. Mereka juga ada hati dan perasaan. Kita patut hormat pada semua orang.

Sampai sekarang saya tak faham kenapa ada pemandu yang memilih penumpang bedasarkan penampilan. Itu kerja anda, buat je.

Semua orang sama sahaja.

 

Baca : Cabul Pemandu Perkhidmatan E-hailing Wanita, Dua Lelaki Nepal Lunyai Dikerjakan Orang Awam

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?