in

Kuota Jemaah Haji Malaysia Mungkin Tak Dinaikkan Atas Beberapa Faktor – Arab Saudi

Kuota Haji Malaysia 2023

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan Arab Saudi baru-baru ini memberi bayangan bahawa berkemungkinan kuota bagi mengerjakan haji untuk rakyat Malaysia tidak ditambah pada tahun ini atas beberapa kekangan yang dihadapi oleh negara berkenaan.



Perkara tersebut telah disampaikan oleh Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Taufiq Fawaan Al-Rabiah semasa beliau menghadiri Persidangan dan Pameran Haji dan Umrah di Jeddah, Arab Saudi baru-baru ini kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

Tambah Datuk Idris Ahmad lagi, sememangnya kita mengharapkan kuota tersebut ditambah dari jumlah yang sedia ada iaitu sebanyak 32,000. Difahamkan, salah satu perkara yang menghalang kuota ditambah adalah kekurangan penempatan kerana masih banyak hotel tidak beroperasi disana.

Swissotel Al Maqam Makkah 15456532401

Dalam masa yang sama, pada tahun ini kerajaan Arab Saudi tidak lagi boleh memberi jaminan mengenai kuota haji bukan sahaja negara kita, tetapi turut melibatkan kuota negara-negara lain.

Selain itu, Idris berkata Lembaga Tabung Haji telah membuat persediaan yang rapi untuk menghadapi Musim Haji 1443H, bagi memastikan urusan melibatkan semua jemaah haji Malaysia boleh berjalan dengan lancar dan teratur.

20220228 Tasheer 39

Tambahnya lagi, setiap jemaah haji perlu memuat turun aplikasi Saudi Visa Bio dalam telefon pintar masing-masing untuk digunakan semasa mengerjakan ibadat berkenaan di Tanah Suci selain berkata aplikasi itu adalah penambahbaikan sistem imbasan pasport, muka dan cap jari (biometrik) sebelum jemaah haji dan umrah di negara ini berlepas ke Tanah Suci.

Katanya jemaah haji perlu melakukan empat langkah mudah iaitu, melengkapkan alamat emel, imbasan pasport antarabangsa, imbasan muka dan imbasan sepuluh jari untuk muat naik informasi ke dalam sistem tersebut.

Kaabah Banjir Budak Lelaki Tawaf Berenang
Sumber: Swisshotel
Sumber: Alhijrah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.