in

Ali Al-Awadhi: Kisah Budak 12 Tahun Yang Tawaf Kaabah Sambil Berenang Gara-gara Mekah Banjir Tahun 1941

Kaabah Banjir Budak Lelaki Tawaf Berenang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejarah pernah mencatatkan bahawa Kota Suci Mekah suatu ketika dulu pernah dilanda banjir yang besar buat beberapa kali. Salah satu banjir yang hebat berlaku di Mekah tercatat pada tahun 1941.


Menurut Bangkapos, ketika kejadian itu berlaku, Kaabah dikatakan terendam air hingga ke paras 6 kaki atau 1.8 meter.

Ka Bah Juga Pernah Mengalami Kebanjiran Lxx Thumb

Disebabkan hal tersebut, syarat sah ibadah haji iaitu bertawaf atau berputar mengelilingi Kaabah agak mustahil untuk dilakukan.

 

Budak umur 12 tahun berenang untuk tawaf Kaabah 

Namun situasi itu bukanlah satu perkara yang mustahil bagi seorang budak lelaki berusia 12 tahun bernama Ali Al-Awadhi dari Bahrain.

Dia dikatakan tetap melakukan tawaf sambil berenang. Malah tindakan Ali yang sedang berenang itu juga berjaya dirakam oleh seorang jurugambar yang kemudian menjadi foto paling legend dalam sejarah ibadah haji. Wah! 

Flood4

Pada ketika kejadian ini berlaku, Ali yang masih budak-budak dikatakan sedang menuntut ilmu di Mekah.

Saat itu Mekkah terus diguyur hujan selama seminggu penuh, siang dan malam hingga terjadilah banjir. 

Aku melihat banyak orang, kenderaan, dan haiwan yang disapu banjir, sementara banyak rumah dan kedai juga bergenang dengan air,” katanya dalam satu wawancara di TV Kuwait pada 2013.

 

“Kerana aku pandai berenang, aku ada idea untuk melakukan tawaf sambil berenang”

Ali bersama abangnya, Haneef dan dua lagi rakan kemudian jadi tertanya-tanya bagaimana agaknya keadaan Masjidil Haram ketika banjir.

“Namanya pun kami masih lagi budak-budak pada masa itu, kami jadi seronok melihat mataf (lantai tempat tawaf) banjir. 

“Kerana aku pandai berenang, aku ada idea untuk melakukan tawaf sambil berenang,” kata Ali.

Bcd22273 7798 4C44 9991

Namun katanya, saat dia sudah berenang mengelilingi Kaabah, ada seorang polis datang memintanya berhenti.

Menurut polis itu, dia bimbang jika Ali dan kawan-kawannya mencuri batu Hajaratul Aswad pula.

Aku kemudian meyakinkan polis untuk menyempurnakan tawafku dulu. Sementara dua temanku, Muhammad Al Tayyib dan Ali Thabit tak kuat lagi berenang. 

“Mereka memanjat ke tangga Kakbah, menunggu untuk diselamatkan.

“Aku merasa gembira kerana boleh melakukan ritual haji dalam cara yang unik,” katanya lagi dengan perasaan bercampur baur.

 

Foto legend Ali sampai dijadikan souvenir haji

Foto Ali berenang mengelilingi Kaabah itu kemudian menjadi foto legend sehinggakan pada tahun 1995 ketika Ali kembali ke Mekah dia terkejut melihat gambarnya telah dijual sebagai souvenir haji.

Ali Al-Awadhi kemudian dilaporkan telah meninggal dunia pada tahun 2015 dan kisah mengenainya masih lagi diperkatakan hingga kini.

8546E065 3769 4349 B2F2 E269Fa231B52

Meskipun kisahnya diketahui ramai, Ali bukanlah orang pertama yang melakukan tawaf sambil berenang. Orang pertama yang melakukan hal itu ialah sahabat Nabi Muhammad SAW, Abdullah Al Zubayr dan Badri Al Din bin Jama’a.

Al Din juga katanya bukan sahaja menyelam tapi sempat mencium Hajaratul Aswad.

? During the flooding of Makkah in 1941 #makkah #islamic

Posted by Sanaullah Mojaddedi on Wednesday, February 14, 2018

Insiden bertawaf sambil berenang ini adalah satu perkara yang sangat jarang berlaku. Meskipun Makkah sering dilanda banjir, tapi berdasarkan catatan sejarah, belum pernah lagi air banjir cukup tinggi hingga membolehkan para jemaah berenang.

Momen ini dikatakan hanya berlaku sebanyak dua kali iaitu pada zaman Nabi dan pada tahun 1941.

Al Fatihah buat Ali Al-Awadhi. 

Baca: Umrah Pasca Covid-19: Ini Keadaan Semasa Di Mekah, Saf Lebih Rapat & Kuliah Agama Dibenarkan

Mekah Umrah 2021

Sumber: Kalam
Sumber: Tribun
Sumber: Al Arabiya
Sumber: Al Arabiya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.