in

“Kumpul lemak tapi tak hamil?” – Wanita Terkilan Kena ‘Body Shaming’ Dengan Sepupu Ketika Beraya

Kena Body Shaming Ketika Beraya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perbuatan body shaming dilihat menjadi suatu kebiasaan bagi segelintir masyarakat. Nak pula perkara pertama yang ditegur setelah lama tidak berjumpa adalah tentang berat badan seseorang.


Bukan semua perkara boleh dijadikan topik perbualan, ditambah pula teguran itu seperti sindiran sehingga mengguriskan hati individu yang ditegur.

Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan rasa terkilan sehingga tidak mampu menahan air mata kerana telah disindir oleh sepupu sendiri ketika beraya beberapa hari lalu.

Artikel berkaitan: “Don’t hate yourself” – Wanita Sedih Pernah Kena ‘Body Shaming’, Beri Nasihat Untuk Wanita ‘Plus Size’

Artikel berkaitan: “Saya struggle mental dan fizikal!” -[VIDEO] Shila Amzah Dah ‘Muak’ Dengan Komen ‘Body Shaming’

Menerusi perkongsiannya di Instagram, wanita yang berasal dari Indonesia ini berasa terkilan selepas mendengar kata-kata yang dikeluarkan oleh sepupu mengenai dirinya yang belum dianugerahkan cahaya mata.

“Kenapa kumpul lemak tapi tak hamil-hamil, sambil tunjuk-tunjuk ke arah perut aku.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pioong🥑 (@pioong)

Buat pertama kalinya, dia tidak dapat menahan sabar lalu membalas semula kata-kata hinaan sepupunya itu.

“Kenapa nak lawan takdir Allah? Mungkin sekarang diberi lemak, bukan anak,” jeritnya.

Dia berkongsi tentang pengalaman itu dan meminta orang ramai untuk menjadikan pengajaran agar setiap orang menjaga batas percakapan daripada menyakiti hati orang lain.

“Kamu tidak tahu betapa banyak pengorbanan dan ribuan doa yang diulang-ulang,” tulisnya yang juga mengimpikan seorang anak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat kepadanya dan turut berdoa agar wanita itu dikurniakan cahaya mata suatu hari nanti.

Screenshot 2024 04 15 173214 Screenshot 2024 04 15 173224

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.