in

Kucing Bunting Digigit Anjing Liar Sampai Mati Lepas Dibuang Depan Klinik Veterinar

Cats 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Haiwan peliharaan boleh dianggap sebagai keluarga dan sahabat memandangkan banyak masa yang diluangkan bersama kita. Namun, masih ada individu di luar sana yang membuang haiwan peliharaan sembarangan tanpa memikirkan apa nasib yang bakal menimpa mereka.


Baru-baru ini, Persatuan Haiwan Malaysia ada berkongsikan satu video rakaman kamera litar tertutup yang memaparkan insiden kucing bunting dibuli oleh sekumpulan anjing liar.

A 4

Dalam hantaran video yang dimuat naik di Facebook itu, seekor kucing bunting dilihat sedang berehat di atas bangku apabila didatangi oleh sekumpulan anjing luar yang menarik dan menggigit badannya.

Menurut sumber, kucing bunting tersebut telah dibuang di hadapan sebuah klinik veterinar di Batu Caves, pada waktu tengah malam. Tubuh badan kucing itu ditarik, digigit dan disiat-siat dalam keadaan tragis sehingga menyebabkan darah memercik di merata-rata tempat.

B 3

C 3

Kejadian ini hanya disedari oleh petugas klinik veterinar pada waktu pagi semasa mahu memulakan operasi klinik.

Terang Persatuan Haiwan Malaysia, kejadian seperti ini tidak boleh dituding kepada sesiapa memandang memang fitrah haiwan yang ada bersifat pemangsa dan mangsa.

Namun, kejadian tragis ini boleh dielakkan jika pemilik kucing tersebut tidak membuang kucing malang itu secara sembarangan. Banyak alternatif lain yang boleh dilakukan seperti meletakkan iklan di laman sosial untuk mencari tuan baharu atau menyerahkan kepada pusat perlindungan kucing.

Perbuatan membuang haiwan peliharaan dengan sengaja adalah satu kesalahan jenayah kezaliman haiwan di bawah peruntukkan undang-undang haiwan.

Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia

BACA “Cantik dah takde” – Gadis Sebak Kucing Peliharaan Bunting Mati, Kaki Dipotong Individu Kejam

Cats 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.