in

“Cantik dah takde” – Gadis Sebak Kucing Peliharaan Bunting Mati, Kaki Dipotong Individu Kejam

Cats 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Belakangan ini, banyak kes penderaan haiwan yang dilaporkan di media sosial. Kadang-kala isu-isu ini membuatkan kita semua terfikir, apakah yang bermain dalam fikiran pendera?


Terbaharu, tular satu lagi kes penderaan haiwan yang dikongsikan oleh seorang netizen di laman Twitter. Menurut ciapan yang dimuat naik, kucing peliharaannya ditemui dalam keadaan keempat-empat kakinya dipotong.

Biasa tengok orang lain kena…

Menurut gadis yang dikenali sebagai Salina itu, ketika itu dia sedang bekerja di pejabat apabila secara tiba-tiba mendapat panggilan kecemasan berkenaan kematian kucingnya yang bernama Cantik.

2 6

Cantik ditemui oleh keluarga Salina dalam keadaan keempat-empat kakinya dipotong. Lebih memilukan, kucing malang itu sedang bunting dan hanya menunggu masa untuk melahirkan anaknya.

1 6

Tambah Salina, bangkai Cantik ditemui dibelakang kereta keluarganya di perkarangan kawasan rumah. Menurutnya, pendera seolah-olah mahu memberi mesej ancaman kepada keluarganya meskipun motif sebenar pembunuhan masih tidak dapat dikenal pasti.

Cantik tak pernah berak dan kencing dekat rumah jiran

Dalam ciapan yang dimuat naik, gadis ini yakin kucingnya tidak pernah kencing atau buang air besar di kawasan rumah jiran. Menimbulkan persoalan buat dirinya, apakah kepuasan yang pendera dapat melalui pembunuhan ini?

“tak boleh imagine macam mana awak tahan sakit masa dia rentap kaki awak. sampai awak terberak”

Sedih dengan pemergian kucingnya yang kejam itu, Salina bertindak membuat laporan polis. Bagaimanapun, pelaku masih belum dikenal pasti oleh pihak polis.

3 5

Meninjau di ruangan komen pula, ada beberapa netizen yang mendakwa pasti ada sebab disebalik kematian kucing ini. Malah, mereka sempat memberi nasihat agar pemilik kucing menjaga kucing mereka dengan lebih baik.

5 1

A 2

Apa pendapat anda tentang isu ini?

Tak boleh bayang perasaan kucing bunting tu masa kakinya dikerat…

 

Sumber: thesalsss

 

BACACampak Kucing Demi Video TikTok, Remaja Lelaki Kini Diburu Persatuan Haiwan Malaysia

Cats 14

Sumber: thesalsss
Sumber: thesalsss
Sumber: thesalsss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.