in

“Kubur ini wajib dijaga kerana…” – Kubur JWW Birch, Residen Pertama British di Perak Terbiar

JWW Birch kubur terbiar tak dijaga perak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jikalau kita imbau kembali sejarah negara kita melibatkan penjajahan British di Tanah Melayu, beberapa Residen telah dilantik di Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang berkhidmat sebagai penasihat kepada Sultan di negeri-negeri tersebut.

Antara Residen British yang paling diingati ramai dan peristiwa hitam yang menimpanya ialah JWW Birch iaitu Residen pertama Perak yang telah dilantik pada November 1874.


JWWBirch3 horz

Tindakan Birch yang kurang disenangi orang tempatan kerana tidak memahami adat resam Melayu serta berkaitan pengutipan cukai menyebabkan dirinya dibunuh pada 1875 oleh Datuk Maharaja Lela dan rakan-rakannya ketika kebangkitan orang Melayu menentang penjajahan Inggeris.

Kubur Birch terbiar dan tak dijaga

Lebih 100 tahun berlalu dan menerusi tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kubur Residen dan askar-askar British yang terkorban di Kampung Teluk Memali, Kampung Gajah, Pasir Salak itu dalam keadaan terbiar.

Kubur yang terletak dalam ladang kelapa sawit dan tidak jauh dari pekan Kampung Gajah telah ditumbuhi semak, papan tanda terbuka dari rangkanya dan pagar besi juga sudah reput serta tumbang.

PRK Birch003

Menurut sumber, agak sukar juga untuk memasuki ke kawasan berkenaan dan mereka terpaksa menaiki kenderaan 4X4 disebabkan jalan berlubang dan sempit.

“Kubur ini wajar dijaga kerana ia berkait rapat dengan sejarah negara”

Pengerusi Pembangunan Komuniti Perak Tengah, Nordin Abdul Malek berkata, keadaan kubur Residen itu yang tidak dijaga dengan baik tidak sepatutnya berlaku.

Ini kerana penentangan orang Melayu hingga Birch terbunuh merupakan sejarah negara yang mempunyai kaitan dengan sejarah perjuangan orang Melayu di sini menentang penjajah.

“Kubur ini wajar dijaga kerana ia berkait rapat dengan sejarah negara, rentetan daripada kisah perjuangan orang-orang Melayu dalam mempertahankan agama, bangsa dan kedaulatan tanah air daripada penjajah.

“Jangan kerana ini kubur milik seorang yang dianggap musuh maka tidak ia perlu dijaga, memandang rendah dan mengabaikan kisah sejarah yang menjadi simbol kepada generasi akan datang.

“Dalam hal ini kita boleh ambil contoh negara lain seperti Perancis yang mana kubur tentera Nazi dijaga dan dijadikan kawasan peringatan peristiwa sejarah sedih oleh negara itu sewaktu ditakluki tentera Nazi Jerman,” katanya.

Lokasi Asal Kubur JWW Birch Yang Terbiar 7

Tambahnya lagi, pihak berwajib sepatutnya mengambil inisiatif untuk memulihara kawasan perkuburan sebagai tarikan pelancong.

Korang rasa macam mana? Tinggalkan pendapat di ruang komen okey! 

Baca: Selain Mat Kilau, Ini 4 Pahlawan Tanah Melayu Lain Yang Mungkin Ramai Tak Kenal!

kilau

Sumber: Ottosection
Sumber: Orang Perak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.