in

‘Kuali Hitam Legend’ – Pakar Dedah Jangan Guna Kuali Atau Periuk Yang Dah Hitam, Ini Sebabnya

Kuali Feat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

‘Kuali hitam legend‘, setiap kaum ibu pasti mempunyai kuali ini di rumah kan. Kuali yang pada asalnya cantik berkilat, tetapi berubah menjadi hitam legam kerana kerap digunakan.

Kuali yang menjadi kegemaran disebabkan sudah terbiasa untuk menggunakannya ketika beraksi di dapur. Disebabkan itu, hanya kuali ini sahaja yang digunakan sehingga ada yang rupanya sudah menjadi hitam legam.


Walaupun anda suka dengan kuali tersebut, namun menurut nasihat pakar kimia, seeloknya kuali tersebut tidak digunakan lagi.

Menurut pendedahan yang dikongsi oleh Dr Fatimah Salim dalam laman Facebookperiuk atau kuali yang telah hitam ini adalah berbahaya untuk kesihatan.

 

Boleh menyebabkan kanser

Fb Kuali 1

Lapisan hitam yang terbentuk pada lapisan luar kuali tersebut terhasil daripada mendakan bahan masakan dan minyak yang terhangus. Lapisan itu kemudiannya dibiarkan lama sehingga sebati tanpa disental atau dikikis.

Dr Fatimah dalam postingannya ada mengatakan bahawa lapisan hitam yang terbentuk ini berpotensi menyebabkan kanser.

 

Bahan-bahan kimia seperti PAHs, HCAs dan lain-lain

Hal ini boleh berlaku kerana ianya mengandungi bahan-bahan kimia seperti polycyclic aromatic hydrocarbons (PAHs), heterocyclic amines (HCAs), acrylamide dan furans.

Bahan-bahan kimia ini akan bercampur dalam masakan kita apabila kita terus menggunakan kuali legend ini untuk memasak.

Cuba bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya bahan-bahan kimia yang bercampur dengan masakan kita ini disajikan setiap hari kepada ahli keluarga kita terutama anak-anak.

Jadi, usah berfikir panjang lagi. Kita tidak perlu pun membazir wang untuk membeli kuali yang baru. Kuali-kuali yang telah hitam ini boleh sahaja dibersihkan dengan menggunakan beberapa bahan yang mudah untuk diperoleh yang sedia ada di dalam rumah.

 

Tips membersihkan lapisan karbon

Selain daripada memberi info tentang bahayanya penggunaan kuali yang telah hitam, Dr Fatimah juga ada menurunkan beberapa tips tentang cara untuk membersihkan lapisan karbon ini supaya kuali kita kembali berkilat dan bersinar.

Fb Kuali 3

Tips yang pertama adalah dengan memanaskan peralatan memasak dengan menggunakan api. Tuangkan air secara perlahan-lahan dan seterusnya biarkan air yang terdapat dalam peralatan ini mendidih selama 10-15 minit. Kemudian, tuangkan setengah cawan serbuk baking soda dan biarkan ianya mendidih seketika. Matikan api dan kikis secara perlahan-lahan permukaan kuali dengan menggunakan senduk yang sesuai. Tunggu sehingga sejuk dan sental kuali sehingga bersih.

Tips yang seterusnya, boleh juga gantikan base baking soda tadi dengan sabun cuci baju. Setelah biarkan kuali atau periuk mendidih selama 10-15 minit, matikan api dan tuangkan sabun cuci setengah cawan. Rendam kuali selama 1 jam atau lebih bergantung kepada tahap kekotoran. Apabila kelihatan mudah untuk dikikis, buangkan air sabun dan sental sehingga bersih.

Tips yang terakhir, sekiranya kesan hitam itu tidak teruk, boleh sahaja tuangkan serbuk baking soda tanpa memanaskan atau menyental kuali. Boleh juga digantikan bahan-bahan lain yang berasid seperti cuka makan, air asam jawa dan asam keping.

Mudah bukan? 

Baca: “Sebelum ni susah betul nak tanggal” – Wanita Kongsi Tips Sental Kuali Hitam, Senang Je Rupanya

Baca Kuali

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.