in

Kuala Lumpur Dipilih Jadi Tuan Rumah Perlawanan Bola Sepak Antara Uruguay & Uzbekistan

5uvu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peminat bola sepak tempatan berpeluang menyaksikan bintang dunia beraksi di tanah air apabila skuad Uruguay dijadual menentang Uzbekistan dalam aksi persahabatan antarabangsa pada 13 Oktober ini. Antara nama besar yang dijangka tampil ialah Federico Valverde (Real Madrid), Ronald Araujo (Barcelona) dan Manuel Ugarte (Manchester United).

Screenshot 2025 09 07 at 12.12.11 PM

Perlawanan itu diumumkan Persekutuan Bola Sepak Uzbekistan menerusi akaun Instagram rasmi mereka semalam, yang menyatakan ia sebagai sebahagian persiapan ke arah kempen kelayakan Piala Dunia. Bagaimanapun, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) belum mengesahkan perlawanan tersebut kerana ia masih dalam peringkat perbincangan bersama penganjur.


Memetik laporan NST, isu utama yang dibangkitkan adalah tarikh perlawanan yang bertembung dengan jadual Harimau Malaya menentang Laos pada pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sehari selepas aksi persahabatan itu. Ini bermakna venue berkenaan hampir pasti tidak dapat digunakan untuk pertemuan Uzbekistan menentang Uruguay.

Screenshot 2025 09 07 at 12.12.41 PM

Skuad Uruguay bimbingan Marcelo Bielsa hadir dengan barisan pemain berkualiti tinggi, antaranya Giorgian de Arrascaeta (Flamengo) dan bekas penyerang Liverpool, Darwin Nunez, meskipun Nunez dijangka tidak beraksi kerana penggantungan. Pasukan lawan, Uzbekistan pula menampilkan bakat muda sedang meningkat seperti Abdukodir Khusanov (Manchester City) dan Abbosbek Fayzullaev (CSKA Moscow).

Ini bakal menjadi pertemuan ketiga antara kedua-dua negara selepas Uruguay mencatat kemenangan 3-0 pada 2018 dan 2019. Aksi ini dijangka memberikan peluang istimewa buat peminat tempatan menyaksikan secara dekat kehebatan pemain bertaraf dunia dari kelab gergasi Eropah.

Baca: Penjaga Gol Futsal Maut Selepas Selamatkan Sepakan Penalti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.