in

Kronologi Penuh Kes Kehilangan & Pembunuhan Nur Farah Kartini Setakat Ini

Collage 27

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah dari Sarawak selepas tular berita mengenai kehilangannya selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan di Tanjung Malim.


Berikut merupakan kronologi kehilangan dan pembunuhan Nur Farah Kartini yang berasal dari Sarawak dan merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Multimedia) dengan Kepujian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Artikel berkaitan: Jenazah Nur Farah Kartini Akan Dituntut Hari Ini, Bakal Dikebumi Di Pekan

Artikel berkaitan: “Tak sangka itu ayat terakhir..” – Rakan Kongsi Video ‘Lambaian Terakhir’ Nur Farah Kartini

11 Julai 2024

  • Pihak polis menerima laporan mengenai kehilangan Nur Farah Kartini selepas gadis ini menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan di Taman Universiti, Tanjung Malim pada 1.56 pagi.
  • Menurut laporan, Farah yang kali terakhir dilihat memakai berpakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam itu telah menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan di sebuah taman perumahan di Tanjung Malim pada jam 8 pagi pada 10 Julai lalu.
  • Gadis ini kemudiannya dilihat telah menaiki sebuah kereta berwarna merah namun ekoran hujan pada ketika itu nombor pendaftaran tak dapat dikenal pasti.
  • Komunikasi terakhir Farah dengan salah seorang rakan kerjanya di bahagian pengurusan kedai percetakan adalah pada sekitar jam 8.14 pagi sebelum mangsa tak dapat dihubungi lagi selepas itu.

450831875 884915840329626 4117965376531252256 N Censored

12 Julai 2024

  • Seorang kakitangan bahagian pengurusan kedai percetakan merayu agar Nur Farah Kartini pulang. Gadis ini disifatkan sebagai seorang yang komited sepanjang hampr setahun bekerja di kedai percetakan tersebut.
  • Nur Farah Kartini juga dikatakan tidak bekerja dengan syarikat perkhidmatan kereta sewa namun membantu orang yang mahu menyewa kereta dan mendapat komisen daripada perkhidmatannya itu.
  • Abang mangsa yang tinggal di Selangor telah pergi ke Tanjung Malim pada malam hari kejadian bagi mendapatkan maklumat dan perkembangan lanjut mengenai kehilangan adiknya.

15 Julai 2024

Nur Farah Nur Farah Kartini

  • Mayat Nur Farah Kartini telah ditemui di Felda Gedangsa, Hulu Selangor pada jam 6 Petang dan mangsa dipercayai telah dibunuh oleh individu yang dikenalinya.
  • Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Khan mengatakan, hasil pemeriksaan awal mengesahkan mayat tersebut merupakan Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sebelum ini.
  • Seorang suspek berusia 26 tahun telah ditahan sementara abang mangsa telah ke lokasi kejadian bagi tujuan pengecaman mayat.

16 Julai 2024

51721098519 Suspekbunuhnurfar

  • Seorang penjawat awam yang ditahan telah tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada jam 8.48 pagi dengan memakai pelitup muka dan berbaju lokap berwarna oren. Dia ditahan bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat Nur Farah Kartini.
  • Hakim Mahkamah Sesyen, Nurul Mardhiah Mohammed Redza telah mengeluarkan perintah tahanan reman ke atas penjawat awam berusia 26 tahun itu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
  • Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberitahu bahawa suspek merupakan teman lelaki mangsa dan siasatan awal terhadap suspek telah membawa kepada penemuan mayat mangsa di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor.
  • Abang mangsa, Mohd Farriza Azmi Abdullah mengatakan bahawa jenazah adiknya dijangkan akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Lereng Bukit, Miri, Sarawak untuk dikebumikan.
  • Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata bahawa suspek berusia 26 tahun yang ditahan itu merupakan anggota berpangkat Lans Koperal yang bertugas di Balai Polis Slim River di Tanjung Malim.

Saya sahkan subjek yang melakukan kes ini adalah seorang anggota dari Balai Polis Slim River dan beliau (subjek) sudah menunjukkan tempat lokasi kejadian (penemuan mayat).

Apabila disemak tempat berlaku kejadian di negeri Selangor, jadi kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibuka oleh Kontinjen Selangor.”

  • Pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menzahirkan hasrat untuk membantu urusan penghantaran jenazah Allahyarhamah Nur Farah Kartini Abdullah ke Miri, Sarawak dan akan menanggung segala kos pengurusan dan penghantaran jenazah.
  • Sementara itu, bercakap dengan media, bapa kepada suspek pembunuhan Nur Farah Kartini mengatakan bagai mereka menerima ujian yang menimpa mereka seadanya. Selain itu, dia juga turut memberitahu bahawa suspek sedang bercuti sejak Rabu lepas hingga Rabu ini telah datang ke rumahnya di Sungai Rambai pada Khamis lalu sebelum mendapat panggilan untuk segera pulang ke balai dia bertugas.
  • Suspek juga dikatakan tak banyak bercakap dan kelihatan sugul ketika bergerak pulang. Namun bapanya ini berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat.

17 Julai 2024

Baru Page1 Suspek Bunuh

  • Jenazah bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dijangka bakal dikebumikan di Pekan, Pahang, hari ini.
  • Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata punca kematian Nur Farah Kartini masih belum dapat disahkan kerana keadaan mayat mangsa yang telah reput di bahagian dada dan muka. Pihak Pakar Patalogi Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal ke atas beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat.
  • Hussein turut mengesahkan sebuah kereta jenis Toyota milik suspek yang juga kenalan mangsa telah dirampas untuk siasatan lanjut.
  • Pasukan Unit Skuba dan Sub-Akuatik Forensik PDRM berjaya menemui sebuah telefon pintar yang dipercayai milik mangsa, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dalam tali air yang terletak di jalan Sri Kledang, Felda Gedangsa sebentar tadi. Ia ditemui kira-kira dalam  jam 12.21 tengahari selepas hampir sejam penyelam menjalankan pencarian di sekitar kawasan tali air berkenaan.
  • Suspek juga turut kelihatan dibawa keluar dari sebuah kenderaan polis bagi membuat pengecaman telefon pintar yang dijumpai. Operasi pencarian masih diteruskan di sekitar kawasan dengan dibantu anggota Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu.
  • Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, berkata pihaknya sedang menunggu laporan siasatan kes itu daripada Polis Selangor sebelum mengambil tindakan selanjutnya. Setakat ini, suspek masih belum dikenakan arahan tahan tugas dan hanya akan dibuat apabila suspek dituduh di mahkamah.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.